Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 10

“Kenapa dengan Riessa ni? Zafriel…?” Minda Datin Sharifah diasak dengan seribu persoalan. Terkejut bukan kepalang dia apabila diberitahu oleh Mak Jah yang Ariessa pulang ke rumah sambil dipapah oleh Zafriel. Nyawanya bagaikan terbang takkala memikirkan pelbagai andaian buruk yang berlegar diruang mindanya. Kenapa dengan Ariessa?
“Mama ni..Riessa tak apa-apalah...” sampuk Ariessa takkala badannya mencecah sofa di ruang tamu. Berkerut dahi Datin Sharifah memandang mereka berdua. Rasa hairannya masih belum menghilang. Kenapa Ariessa boleh balik dengan Zafriel? Apa yang mereka buat sebenarnya? Berasak-asak mindanya dengan pelbagai pertanyaan…
“Kaki kamu tu kenapa?” soal Datin Sharifah. Dia terperasankan anak gadisnya yang berjalan terhenjut-henjut. Macam terseliuh sahaja lagaknya….
“Terseliuh tadi…tapi doctor cakap ok tak apa-apa..lagi dua tiga hari baiklah…!!!”
“Ya mama..jangan risau sangat…” sampuk Zafriel. Sesekali dikerlingnya ke arah Ariessa, yang sedang ralit memicit kakinya. Mungkin rasa sakit kembali bertandang di situ.
“Zafriel…???” Zafriel memalingkan muka kea rah Datin Sharifah
“Ya mama..”
“Kenapa Riessa boleh balik dengan Zafrel? Ada apa-apa yang mama tak tahu ke?” soal Datin Sharifah lagi…
“Er…” Zafriel sekadar menggarukan kepalanya. Apa yang dia nak kata? Silap cakap, mengamuk ibu singa yang terseliuh kaki tu…
“Tak mama…kami terserempak kat Sunway Pyramid tadi, kebetulan kaki Riessa terseliuh, tu yang Zafriel tolong hantarkan kat rumah….” Cepat-cepat Ariessa membalas pertanyaan mamanya. Kalau dibiarkan Zafriel yang jawab, entah ke manalah lelaki itu melalut, sampai ke bulan bintang gamaknya!
“Ohh…..” Datin Sharifah tersenyum senang. Hatinya berdetik riang. Tak sabar rasanya hendak menunggu suaminya itu pulang, kerana ada sesuatu yang harus mereka berdua bincangkan!
………………………………………………………………………………………………..

“Papa..please…..mama…I need your support!” rayu Riessa tapi langsung tidak diendahkan oleh mama dan papanya. Riessa tekad, bersujud di kaki mama dan papanya pun dia sanggup, asalkan rancangan mama dan papanya dibatalkan. Benteng matanya sudah tidak mampu menampung air mata yang ingin mengalir….
Belas Datin Syahirah memandang wajah anaknya….tapi dikeraskan juga hatinya…Biarlah sekali ini dia berkeras…!!! Demi kebahagiaan anak tunggalnya itu….
“Mama….”, Riessa nampaknya tidak berputus asa. Diusap lembut tangan mamanya itu, harapannya supaya mamanya itu kasihan…tapi…., pandangan mama terhadapnya kosong!!
“Riana Ariessa…please, papa dan mama pun merayu pada Riessa….” Sambung Dato’ Iqbal takkala melihat anak tunggal kesayangannya itu cuba memanipulasi mamanya…Ahhh, anak itu memang keras kehendaknya. Pasti akan diusahakan sampai dapat!!!.
“Tak adil papa dan mama buat Riessa macam nie…Riessakan anak mama dan papa!” sedu sedan Riessa mula berlagu…lembut suaranya tapi tegas! Jelas riak tidak puas hati berlagu dalam suaranya….
“Sebab Riessa anak mama dan papalah, kami buat macam ni…, sayang….” Mendayu-dayu suara Dato’ Iqbal memujuk anak perempuan kesayangannya itu….
“Tapi……” belum sempat Riessa menghabiskan kata, Datin Shahirah sudah menyampuk.
“Keputusan kami muktamad, mana ada ibubapa yang nak hancurkan masa depan anaknya..? Riessa terimalah…ya sayang…?”
Ahhh…panggilan sayang itu sudah tidak bermakna bagi Riessa… semuanya pura-pura..!!!!”, jerit Riessa, namun semua itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja….Pantas tapak kakinya dihayun menuju ke arah tangga…niatnya hendak lancarkan protes di dalam bilik pulak…!!!! Walaupun menentang keputusan mama dan papanya, tapi untuk berkurang ajar terhadap mereka…itu bukan dirinya!!!
“Takpe sabar…sabar…, banyak lagi taktik nak pujuk mama dan papa. Mesti diorang tangkap lentok punya kalau tengok muka aku ni macam orang mati laki jea 25 jam hehehe….Cayalah Riessa!Erk..!Tapi kalau sebijik muka macam mati laki bukan ke lagi cepat aku disuruh kahwin lagi…Arghhhh, tak nak…………………!!!!!”, tempik Riessa dalam hati.
“Bang…saya rasa bersalah pulak tengok Riessa macam tu…” luah Datin Shahirah takkala kelibat anaknya itu sudah menghilang. Dato’ Iqbal mengeluh lemah…majalah Times yang dibacanya ditutup.Seraya memandang wajah isterinya itu.
“Jangan risaulah yang ooii..anak awak tu, rajuknya taklah lama sangat. Esok lusa baiklah tu…”ujar Dato’ Iqbal…walaupun dia juga sedikit terkesan dengan rayuan anaknya itu.
“Sherry harap, keputusan yang kita ambil ni betul…..” mendatar sahaja bunyi suara Datin Sharifah. Dato, Iqbal menyandarkan badannya ke sofa empuk di ruang tamu.
“Kan bagus kalau kita ada anak lelaki, taklah terbeban Riessa tu nak uruskan syarikat tu nanti…”ada riak kesedihan yang cuba disembunyikan oleh Datin Sharifah. Namun amat mudah untuk dikesan oleh suaminya.
“ Ni kenapa pulak nak feeling-feling malam buta bie… ish, kita bukannya dalam alam percintaan, nak main pujuk-pujuk…!!!” usik Dato Iqbal sambil mengenyitkan mata, tidak mahu isterinya kembali mengingat memori duka. Ahh.., biarlah ia tersimpan kemas sbagai suatu kenangan yang pernah hadir dalam hidup mereka
“Sayang……”, lembut suara Dato’ Iqbal memanggil isterinya,saja nak tunjuk romantic dan menceriakan suasana…
“Tulah, saya suruh awak tambah koleksi awak tak nak…”,Datin Sharifah cuba mengusik. Meletus ketawa suaminya itu…
“Nak layan awak sorang pun saya dah pening kepala, ni nak tambah cawangan?Hmm, alamak mati keringlah saya…..”
“Jadi saya ni menyusahkan abang la? Tanya Datin Sharifah sekadar menduga.
“ Laa, kesitu pulak awak ni…Cinta dan sayang saya ni just for you my darling…”. Serentak dengan itu bergema gelak ketawa suami isteri itu…. Datin Sharifah pernah hamil buat kali yang kedua selepas kelahiran Riana Ariessa, tetapi keguguran dan keguguran yang berlaku menyebabkan Datin Sharifah tidak dapat mengandung lagi lagi. Menurut doktor yang merawatnya, rahim Datin Sharifah tidak cukup kuat untuk menampung kehadiran “orang baru” dalam perutnya….dan sejak itu mereka redha, cukuplah Riana Ariessa dalam hidup mereka….
“Jom kita tidur…..”ajak Dato’ Iqbal. Dihulurkan tangan kepada isterinya. Lantas huluran itu disambut dengan penuh senyuman oleh isterinya………

1 comment:

  1. ngeee...
    romantic la plak parents riessa nieh..
    heeheh....
    ske2..
    smbung2..

    ReplyDelete