Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 18

Tidurnya terganggu. Sekejap dia terdengar suara orang ketawa sambil diselangi suara orang bercakap. Mindanya cuba meneroka…alamak…!!!! Serentak Ariessa terbangun dari tidurnya. Malunya bukan kepalang apabila melihat empat pasang anak mata sedang memandang ke arahnya. Mana hendak disorokkan muka. Entah bagaimanalah aksinya ketika tidur. Janganlah posing maut..!!!! Dikalih matanya ke kanan, dilihat Zafriel turut sama terbaring di tepinya…Ya Allah…..Bila masa pulak Nasi Kandar ni tidur di sebelahnya! Bibirnya mengetap geram!
Ketika itu meledak ketawa kedua-dua mama dan papanya….entah apalah yang lucunya, tetapi dia yakin yang mereka semua sedang mentertawakan dia dan Zafriel.
“Seronok tidur Riessa..?” tegur Puan Sri Khadijah. Terukir senyuman dibibirnya. Makin galak mereka ketawa. Kelat muka Ariessa tika itu. Malunya…..! Kalaulah dia boleh bertukar jadi halimunan..mahu sahaja dia ghaib daripada berada di depan mereka.
“Tidur mati ke? Takkan tak sedar-sedar..?” getus Ariessa. Marahnya kepada Zafriel kembali bertandang. Tak habis-habis bagi masalah kepadanya….
“Erkk..mama dan papa bila sampai? Soal Ariessa sambil bangkit dari comforter yang dialaskan di atas lantai. Malas dia hendak mengejutkan Zafriel. Biar aksinya tidur jadi tontonan, padan muka! Lantas dia menuju kea rah mama dan papanya, senyuman mereka semua masih tidak lekang dari bibir. Ah, walaupun malunya masih bersisa…terpaksa dia menebalkan muka. Semua ni Zafriel punya pasal! Siaplah dia lepas ni…
“Cantik rambut Riessa, tak pernah mama tengok rambut Riessa sejak dah besar ni….” Puji Puan Sri Khadijah sambil mengelus lembut rambut Ariessa. Terkejut Ariessa saat itu…seingatnya dia tidak menanggalkan tudungnya semasa hendak tidur…adakah ini….
“Zafriel………………!!!!!!”jeritnya di dalam hati. Segera Zafriel dihampirinya dan berlutut di tepinya. Dicuit bahu bahu Zafriel berkali-kali. Liat betul lelaki itu hendak sedar.
“Apa ni sayang…janganlah kacau abang tidur…” balas Zafriel dan secara tiba-tiba tangannya memaut tubuh Ariessa dan memeluk pinggang isterinya. Ariessa yang tidak sempat mengelak jatuh tersemban ke atas badan Zafriel. Mereka berpelukan seketika. Saat itu Ariessa terasa hendak menangis, tidak pernah dia rasa malu sebegitu seumur hidupnya dan hari itu Zafriel betul-betul memalukannya….dan itulah kali pertama dia amat begitu membenci Zafriel…lebih benci dengan perangai Zafriel yang suka mengacaunya sejak kecil!!!! Ariessa segera melepaskan pelukan Zafriel di badannya.
“Zafriel….!!!!!” tempik Ariessa. Itulah kali pertama dia merasakan bahawa dia telah berkurang ajar dengan seseorang dan seseorang itu adalah suaminya sendiri. Insan yang wajib dia hormati dan bukannya berkurang ajar seperti itu. Air mata yang ingin mengalir, cuba ditahan keluar. Terkejut Zafriel mendengar jeritan Ariessa, dan rasanya bukan saja Zafriel, malah mama dan papanya mungkin terkejut dengan jeritannya itu.Pantas matanya yang terpejam dibuka. Merah mata Ariessa memandang kearahnya. Sudah..apa yang berlaku? Sukar untuk dia menganalisis keadaan yang berlaku di sekelilingnya, tambahan pula dia bangun dalam keadaan terkejut.
Beberapa saat kemudian, Zafriel betul-betul dalam keadaan sedar….barulah dia perasan yang kedua-dua mama dan papanya turut berada di dalam wad itu. Tapi kenapa Ariessa kelihatan begitu marah? Memang dia betul-betul tidak tahu punca kemarahan isterinya itu….
“Tak guna…!!!!!” tempik Ariessa. Tubuh Zafriel kuat ditolaknya sehingga terbaring semula ke atas comforter. Tersungkur badan lelaki itu. Kaget dengan apa yang berlaku.
“Ariesaa…mama tak ajar Riessa berkujang ajar!!!!” tika itu juga suatu jerkahan hinggap di pendengaran Ariessa. Namun dia tidak peduli. Pantas dis berlari keluar dari wad itu…………
………………………………………………………………………………………………………
“Riessa apa dah jadi ni? Kau jangan buat aku bimbang…?” gesa Shiela. Ariessa masih lagi menangis. Sejak dia mengambil gadis itu di Hopital Pakar Damansara hinggalah sampai ke rumah sewanya, tangisan Ariessa belum lagi berhenti.
Terkejut bukan kepalang dia. Petang itu dia menerima panggilan daripada Ariessa. Menangis-nangis gadis itu bercakap dalam talian. Minta untuk mengambilnya di hospital. Mahu luruh jantungnya tika itu, bimbang takkala memikirkan apa yang telah menimpa Ariessa. Adakah disebabkan oleh keadaan papanya. Memang telah diketahui yang papa Ariessa dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Mereka semua pun pernah melawat papa Ariessa, tetapi pada masa itu Dato’ Iqbal masih belum sedarkan diri. Memikirkan kemungkinan yang papa Ariessa sudah…..Ahhh..cepat-cepat Shiela beristighfar! Ya ALLAH..panjangkanlah umur papa Ariessa..aku mohon ya ALLAH…., lirih suaranya merayu.
Tapi kenapa keadaan Ariessa jadi seteruk itu? Dengan keadaan gadis itu yang tidak bertudung sambil menangis di dalam tandas…? Cepat-cepat dia menepis kemungkinan lain yang datang bertandang di benak fikirannya. Tak mungkin…….
“Ariessa…….” pujuknya lembut. Namun tangisan Ariessa belum lagi reda. Malah makin kemas pelukan gadis itu di tubuhnya. Akhirnya Shiela memutuskan, biarlah Ariessa bertenang dahulu dengan tangisannya, mungkin selepas itu sahabatnya itu akan kembali tenang. Sebelum itu, dia berkira-kira mahu menelefon keluarga Ariessa, namun dibantah oleh gadis itu…Pening kepalanya memikirkan masalah yang menimpa Ariessa sekarang! Ditanya, tak jawab, nak beritahu pada keluarga, tak bagi pulak!
“Aku benci dia! Aku benci dia! Dia dah malukan aku…dia dah jatuhkan maruah aku..!!Aku benci dia, Shiela…aku benci dia….!!!!” jerit Ariessa dengan tangisan yang masih bersisa. Tersentak Shiela dengan jeritan Ariessa. “Dia…?!”. Siapa pulak “ dia” tu? Kenapa Ariessa jadi semarah itu dengan “dia” tu..?”. Makin bertambah pening kepala Shiela….apalah agaknya yang terjadi pada Ariessa….sebelum ini dia tidak pernah nampak Ariessa menangis seteruk itu. Gadis itu memang seorang yang keras semangat dan degil. Degil dengan air matanya…!!! Bukan mudah untuk membuatkan gadis itu mengalirkan air mata….tapi sekarang, roboh benteng air mata yang Ariessa bina!
“Aku benci dia Shiela…aku tak suka dia…Aku nak mintak cerai dari dia….”, suara Ariessa kembali kedengaran….
Shiela semakin kaget! Apalah yang sahabatnya itu mengarutkan. Hendak mintak cerai..? Bila masa pulak Ariessa kahwin…? Hisy…Ariessa ni biar betul? Naik meremang bulu roma aku….” bisik hati kecil Shiela. Riessa, janganlah kau mengarut yang bukan-bukan…..Huhh, tenang..tenang…orang yang dalam keadaan emosi yang tidak stabil memang macam ni. Cakap merapu jea…. Kau kena bagi semangat pada Riessa walau apa pun yang berlaku…bisik suara hati Shiela….
“Aku benci dia..! Shiela..kau dengar tak, yang aku benci dia….?!!!” soal Ariessa. Dipandang wajah sahabatnya itu.
“Ya..ya..aku dengar dan aku tahu yang kau benci sangat kat dia! Aku pun memang benci pada “dia” tu….” jawab Shiela, tergagap-gagap suaranya saat itu. Ah..redah jealah…siapa “dia” tu, yang penting Ariessa tahu yang aku sentiasa menyokong setiap tindakannya tika ini….Hal-hal lain settle kemudian….Itulah yang sebaik-baiknya untuk Ariessa buat masa ini….
………………………………………………………………………………………………………
“Kenapa Zafriel buat macam tu….?”soal Puan Khadijah. Wajah Zafriel dipandangnya. Pagi itu mereka berkumpul di rumah Ariessa. Dato’ Iqbal sudah dibenarkan keluar dari hospital, sehari selepas Ariessa menghilangkan diri dari hospital. Menekur wajah itu memandang lantai. Entah apa yang menariknya lantai itu pun dia tak tahu….
Selepas Ariessa berlari keluar dari wad tempoh hari, Zafriel cuba mengejarnya tetapi bayang Ariessa sudah tidak kelihatan. Handphonenya juga tidak dibawa bersama…tambahan pula dengan keadaannya yang nampak tidak terurus. Ariessa…Ariessa..kemanalah dia pergi?
Menyala kemarahan mamanya, tetapi papanya dan papa Iqbal langsung tidak menunjukkan riak kemarahan, tetapi cuma bimbangkan keadaan Ariessa yang entah menghilang ke mana…Nasib baik! Mama mertuanya juga kelihatan serba salah…Tapi Zafriel akui, sedikit sebanyak memang dia yang bersalah, walaupun pada hakikatnya, apa yang dia lakukan itu sebenarnya tidak salah!
“Sudahlah tu….bukan salah Zafriel dan jugak bukan salah Ariessa! Dalam hal ni, takde siapa yang bersalah….” jawab Tan Sri Adnan cuba membela. Sebenarnya dia tidak nampak apa yang salahnya dalam hal itu. Tapi mungkin kerana Ariessa yang terlalu mengikut perasaan….
“Betul kata Adnan…bukan salah Zafriel pun….” sampuk Dato’ Iqbal pula. Keadaannya sudah beransur-ansur pulih. Gembira rasanya apabila dibenarkan pulang oleh Dr. Hafizi yang bertanggungjawab merawatnya…tapi bila kesihatannya beransur pulih, masalah lain pula yang bertandang…Ariessa..kemanalah kamu pergi?
“Memang tak salah apa yang Zafriel buat tu, tapi kalau Zafriel tak buat macam tu…taklah Ariessa lari macam tu jea…” balas Puan Sri Khadijah. Jelas tidak setuju dengan perbuatan anaknya itu. Zafriel hanya mendiamkan diri…Sesekali dia terperasankan jelingan tajam mamanya yang kelihatan marah dan geram dengannya. Sesekali dikuiskan kakinya di atas lantai marmar itu.
“Boleh tak awak jangan kusutkan keadaan lagi keadaan? Perkara ni bukannya serius sangat…Yang awak kalut-kalutkan tu buat apa? Tegur Tan Sri Adnan. Rasa marahnya terhadap isterinya cuba dikawal. Sudah namanya orang perempuan, benda yang kecil pun diperbesar-besarkan.
“Tak serius? Sampai si Riessa hilang, tak tahu pergi ke mana, awak kata tak serius….? Eii, naik geram saya dengan perangai abang anak- beranak ni!” nada suara Puan Sri Khadijah yang sudah menampakkan kemarahan cuba ditahan. Malu bertengkar suami isteri di depan sahabat mereka, tambahan pula di rumah orang.
“Katty..Adnan…sudah-sudahlah tu…Tak pergi ke mana pun si Riessa tu! Paling tidak dia pergi rumah kawan dia…” sampuk Dato’ Iqbal. Menenangkan pasangan suami isteri itu yang sudah menampakkan bibit-bibit pertengkaran.
“Betul kata Iqbal tu…Sherry yakin yang Riessa pergi rumah kawan dia…tak lama lagi baliklah dia tu….tunggu rasa marahnya habis dulu….! Dalam hal ni, Sherry jugak yang salah, kalaulah Sherry tak jerkah dia hari tu..taklah dia lari macam tu jea…mungkin dia terasa hati sebab Sherry marah dia….”sampuk Datin Sharifah yang baru muncul di ruang tamu, sambil menatang dulang minuman. Pembantu rumahnya minta cuti, sebab itu terpaksa dia lakukan sendiri kerja-kerja dapur.
“Kita semua tahu sebab apa Ariessa setuju kahwin dengan Zafriel kan? Sebab keadaan papanya. Dia rasa bersalah, sebab dia fikir mungkin sebab dia, papanya masuk hospital. Tapi itu bermakna, persetujuan dia kahwin dengan Zafriel, dia mampu terima Zafriel dalam erti kata yang sebenar….dan mama pun tahu Zafriel setuju kahwin dengan Ariessa pun sebab Zafriel tak sanggup tengok Riessa bersedih dengan keadaan papa Iqbal kan…?”, panjang berjela kata-kata Puan Sri Khadijah. Mereka yag berada di ruang tamu itu bagaikan tidak menduga itu yang akan terluah di mulut Puan Sri Khadijah!
Tersentak Zafriel saat dia. Kata-kata mamanya ibarat sembilu tajam yang menusuk pedih ke pangkal hatinya. Sedih dan terkilan. Begitukah tanggapan mereka semua tentang perkahwinannya dengan Ariessa? Pantas dia berlalu keluar dari rumah itu….
Terkebil-kebil Tan Sri Adnan dan Dato’ Iqbal memandang Zafriel yang sudah menghilang di ruang tamu…faham gelodak yang melanda di jiwa Zafriel! Kemudia mereka saling berpandangan….bagaikan mentafsir sesuatu yang hanya mereka berdua sahaja memahaminya….rahsia seorang lelaki..ah, hanya mereka sahaja yang mengerti..!!!

2 comments:

  1. alarrrrrrrrr.asal riessa nie.
    sweet pe zafriel peluk,
    agagag.tp mgkn riessa t'kejut
    smbung2.
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. huissyyhh...
    keras aty si riessa nieh...
    isk2...
    zafriel plak,,,
    alahai...
    nge...

    ReplyDelete