Sunday, January 11, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 7

“Siapa yang nak datang mama…? Sakan Bibik masak hari ni…mama pun turun padang sekali. Pelik la…..tak pernah Ariessa tengok mama masuk dapur. Meriah semacam, mama nak sambut rombongan diraja mana ma…”, galak suara Ariessa kedengaran takkala melihat mamanya sibuk bersama dengan Bibik memasak pelbagai juadah masakan di dapur. Sambil itu mulutnya sibuk merasa kuih muih yang sudah terhidang di atas meja. Lagaknya macam juri yang merasa masakan peserta untuk diberi markah….Lima bintang, hatinya berdetik. Sedap….
Datin Sharifah hanya tersenyum mendengarkan pertanyaan anaknya itu. Sambil itu matanya mengerling jam di dinding. Lagi setengah jam, sampailah mereka tu, getusnya. Entah mengapa dirasakan pertemuan pada hari itu akan menjadi seperi yang dirancang. Kalau betullah, syukur pada Allah, luahnya dalam hati.
“Nak sambut rombongan kamulah…..” Datin Sharifah berseloroh. Sekadar mahu menduga hati anaknya.
“Eh mama ni….Ariessa tanya betul-betul, mama bergurau pulak…. balasnya. Entah kenapa saat itu hatinya bergetar hebat. Mama ni biar betul…
“Bergurau apanya…sebentar lagi sampailah….” Dikerling anaknya yang mula tidak senagn duduk..macam kucing hilang anak…..
“Mama…Ariessa tak sukalah mama cakap macam tu….”, masam wajah Ariessa saat itu. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mamanya bergurau tentang hal-hal seperti itu. Punggungnya sudah diangkat dari kerusi. Seleranya terus mati…..
“Ariessa……….”. Namun panggilan mamanya langsung tidak diendahkan oleh Ariessa. Segera kakinya diatur menuju ke kamarnya. Gerak hatinya kuat mengatakan bahawa mama dan papanya ada merahsiakan sesuatu daripadanya……
Dari jauh, Datin Sharifah hanya mampu memandang langkah Ariessa…maafkan mama Ariessa, mama hanya inginkan yang terbaik buat Ariessa….luah hatinya penuh kesayuan.

“Masuklah..ingatkan tak jadi datang tadi…..” pelawa Datin Sharifah. Bergandingan tangan Tan Sri Adnan dan Puan Sri Khadijah melangkah masuk ke ruang tamu. Menguntum senyuman di bibir masing-masing. Namun Zafriel masih lagi di dalam kereta. Serba salah hendak turun. Matanya meliar ke halaman banglow tiga tingkat itu. Masih tidak berubah, tetap macam dulu….
“Dah sampai pun…aku ingatkan kau dan Katty tak jadi datang…punyalah lama aku tunggu….” Sampuk Dato Iqbal yang baru turun ke ruang tamu setelah diberitahu oleh bibiknya bahawa tetamunya sudah sampai…Tan Sri Adnan pantas berpaling, laju dia bangun menuju kearah rakan karibnya itu. Mereka berpelukan seketika….
“Lagak macam dah beribu tahun tak jumpa…padahal tiap hari melepak kat Kelab Golf…” sampuk Puan Sri Khadijah…kata-katanya itu disertai gelak ketawa mereka yang berada di situ. Gamat ruang tamu itu seketika….
“Eh…mana si Zafriel? Kata dia datang sekali..tak nampak pun dia…..?” Tanya Datin Sharifah. Datin Sharifah. Air minuman disuakan kepada Tan Sri Adnan dan Puan Sri Khadijah yang telah sedia terhidang di ruang tamu itu…
“Dia memang datang sekali, ada kat dalam kereta….? Entahlah, dia suruh kami masuk dulu…segan agaknya nak masuk….yang si Ariessa pulak kat mana?”, balas Tan Sri Adnan.
“Dalam bilik, tengah bersiap la tu…aku dah beritahu pada bibik, suruh dia turun…”, jawab Dato’ Iqbal….
Sedang leka mereka berbual, kedengaran salam diberi. Kemudian terjengul tubuh Zafriel di ruang tamu. Senyumannya dilemparkan buat kedua-dua mama dan papanya.
“Ya ALLAH…ni Zafriel ke? Nampak lain jea masa jumpa kat airport hari tu..Hampir-hampir papa tak kenal" Dato’ Iqbal bangun menuju kearah Zafriel. Tubuh anak muda itu dipeluk mesra…segan Zafriel dibuatnya..
“Mama….” Tegur Zafriel takkala menyertai mereka di ruang tamu itu….Datin Sharifah tersenyum senang. Ternyata Zafriel masih lagi macam dulu. Tiada yang berubahnya. Rasa hormat dan sayang Zafriel kepada dia dan suaminya ternyata tetap sama….tak silap pilihannya.
“Makin handsome anak mama sekarang ni…masa kecik dulu bukan main tembam lagi….” Puji Datin Sharifah. Galak anak matanya memerhatikan tingkah laku Zafriel. Penuh kesopanan lagak anak muda itu. Tan Sri Adnan dan Puan Sri Khadijah tersenyum bangga. Dato’ Iqbal tersenyum gembira.
‘Hisy mama ni…buat Zafriel rasa macam nak terbang atas langit jea….” Spontan Zafriel membalas kata-kata Datin Sharifah. Makin gamatlah suasana ruang tamu dengan kata-kata Zafriel. Sambil itu matanya meliar ke sekitar rumah itu. Takde pun…getus hatinya tanpa disedari beberapa pasang mata sedang galak memerhatikan tingkahnya.

“Mama…papa…..” laung Ariessa. Bukan main gembira dia apabila diberitahu bahawa mama Katty dan papa Ady datang ke rumahnya. Lama benar mereka tidak berjumpa. Laju dia berlari ke ruAng tamu tanpa menyedari….
Oppss…langkahan kakinya terhenti apabila sampai di ruang tamu…tak menjangka bahawa “tetamu yang tidak disangka” turut sama berada di ruang tamu. Langkah kakinya diatur perlahan, malu sendiri dengan kelakuannya yang menjerit-jerit tadi…jatuh sahamnya saat itu. Zafriel juga ternyata terkejut. Sudah lama mereka tidak berjumpa…lain benar keadaannya.
“Ehem…” Datin Sharifah berdehem. Sengaja menghilangkan situasi janggal di antara anaknya dengan Zafriel.
“Mama….” Panggil Ariessa manja…pantas tangan Puan Sri Khadijah disalam. Agak lama mereka berpelukan. Ariessa gembira, bertalu-talu pipi mama Kattynya dicium…sesekali kedengaran gelak ketawanya. Baik Tan Sri Adnan, mahupun Datin Sharifah dan Dato’ Adnan, mereka semua tersenyum gembira. Melihat akan reaksi Ariessa dan Zafriel, agak senang untuk melaksanakan rancangan mereka…Manakala Zafriel hanya sekadar menjadi pemerhati. Kelu lidahnya untuk bertegur sapa dengan “ kawan baiknya” itu….
“Sudah-sudahlah Riessa…kesian mama Kattya kamu tu. Rimas dia dengan pelukan dan ciuman kamu tu….” Kata Datin Sharifah. Dilihat Ariessa masih lagi berpaut manja pada mama Kattynya….
“Alah mama…bagilah chance kat Riessa nak manja-manja dengan mama Katty kejap. Lagipun mama Katty tak kisah kan…..Rindu sangat kat mama dan papa…” balas Ariessa. Sesekali matanya melirik kearah Zafriel dan apabila pandangan mereka bertaut, cepat-cepat dia megalihkan pandangannya ke arah lain. Segan…….
"Kalau rindu apasal tak datang ke rumah papa..?' sapa Tan Sri Adnan dengan senyuman di bibirnya.
“Hmmm…rindu kat mama dan papa saja ke? Kat anak mama, Riessa tak rindu ke….?” Tanya Puan Sri Khadijah. Meledak ketawa mereka yang berada di situ. Zafriel hanya tersenyum simpul….Terkelu lidah Ariessa saat itu….seketika Zafriel dilihat membuang pandang ke luar…..
“Mama ni suka sangat usik Riessa…” balas Ariessa dengan mimik muka merajuk. Entah kenapa, tidak tergerak hatinya untuk bertegur sapa dengan Zafriel. First impressionnya tentang Zafriel selepas lama tidak berjumpa…..sombong dan dingin!!!Macamlah aku nak sangat tegur dia tu…huh..!!!”getus hati Ariessa.

……………………………………………………………………………………………………...

Meriah sungguh suasana di meja makan tengah hari itu. Masing-masing saling bertukar cerita….namun baik Ariessa mahupun Zafriel, lain pula keadaannya. Terasa kaku segala pergerakan mereka. Apatah lagi mereka berdua disuruh duduk bersebelahan….nasi yang ingin ditelan terasa perit di kerongkong.
“Kamu berdua ni macamlah tak pernah kenal….senyap jea..?” sapa Dato’ Iqbal. Saat itu Ariessa dan Zafriel menjadi tunpuan kedua-dua keluarga mereka. Namun baik Ariessa mahupun Zafriel langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Saling membisu seribu kata. Lagipun tiada topic yang ingin dibualkan….takkanlah hendak meriviewkan kembali kisah zaman kanak-kanak ribena…hmm, buat malu jea….
“Diorangkan baru jumpa…..segan lagi agaknya..” sampuk Puan Sri Khadijah. Kelat wajah Ariessa saat itu.
“Segan apanya mama..Ariel yang nampak sombong sangat. Meluat Ariessa tengok!”, sampuk Ariessa, namun sayang semuanya hanya terluah di dalam hatinya. Hatinya betul-betul sakit. Bukan sekali dua Zafriel menjeling pandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Teringat dia kata-kata Shiela, orang lelaki ni suka berimaginasi kalau tengok perempuan…eiii mahu saja dia tumbuk muka handsome “Nasi Kandar” itu…sejak kecil hinggalah sekarang, Zafriel suka sangat menyakitkan hatinya……huargh…!!!!!
“Hmmm..Ariel memang nak tegur…tapi nampak orang kat sebelah ni sombong sangat…”tiba-tiba jea Zafriel bersuara. Sambil dengan selambanya dia menelan nasi di dalam mulutnya. Berdesing telinga Ariessa mendengarnya
“Mak oiii..pedas betul ayat dia! Memang nak kena sula mulut tu…..!!!” getus Ariessa geram. Hendak dijawab kata-kata Zafriel itu, segan pada mama dan papanya. Ini bukan zaman budak-budak…kata ikut sedap mulut jea….
“Zaffriel……” tegur Puan Sri Khadijah. Manakala yang lain hanya tersenyum. Takkan dah besar panjang nak bergaduh lagi….
“Hmm..sedap mama dan bibik masak! Lain kali mama buat nasi kandarlah pulak! Mesti sedap, lemak berkrim….” giliran Ariessa pula melakukan serangan…Ibu jarinya diangkat tanda bagus. Merah padam muka Zafriel saat itu…berani gadis ini menyindir dia…
Hahahahaa….meledak ketawa mereka yang berada di ruang tamu itu…masing-masing hanya mengelengkan kepala. Dalam baik, mereka berdua saling mengenakan di antara satu sama lain….memang buku bertemu dengan ruas! Ariessa tersenyum puas! Bukan mudah untuk dia mengalah begitu saja…..pantang datuk neneknya!
“Memanglah bertuah, kalau seseorang wanita tu, bukan saja cantik malah berpelajaran tinggi..tapi tak jadi jugak kalau nak makan suruh mama yang masakkan…”,Rasanya kata-kata Zafriel itu lebih tajam dari duri sembilu….
“Hidup ni, janganlah nak menunjuk-nunjuk sangat….! Baik bersederhana…Takkanlah nak canang seluruh dunia yang kita ni pandai serba-serbi...nanti takut riak pulak!!!”balas Ariessa geram. Saki baki nasi dipinggan dileceknya sampai hancur. Terbakar hatinya saat itu. Kemarahannya cuba dikawal sebaik mungkin. Kalau tidak, memang boleh terbalik meja makan itu
“Betul ke..? Entah-entah periuk dengan kuali pun tahu. Garam gula pun boleh tertukar…..”selamba Zafriel membalas. Namun wajah Ariessa langsung tidak dipandangnya. Malah makin berselera nampaknya dia menghabiskan nasi berlaukkan ketam masak lemak merah itu. Ahli keluarga yang lain hanya mendiamkan diri. Malas hendak menyampuk…suka benar mereka melihat drama depan mata mereka itu……
“Awak jangan sedap mulut jea mengata orang…setakat masak tu, petik jari jea boleh siap..!!!” jawab Ariessa angkuh. Memang menjadi kepantangannya kalau kalah dengan Zafriel….
“Alah..kalau setakat bercakap, semua orang boleh buat, cik Riana Ariessa bin Dato’ Iqbal….”
“Hello..Encik Zafriel Iskandar bin Tan Sri Adnan...,pernah ke awak tengok saya masak? Kalau awak tak percaya, ikut saya pergi ke dapur sekarang jugak…cakap apa yang awak nak makan..saya boleh masakkan...!!!” balas Ariessa pula. Darahnya sudah mendidih. Bila-bila masa jea nak meruap….!!!!Ariessa pantas bangun dari meja makan. Dia rela wapaupun terpaksa menyusahkan diri di dapur, semata-mata untuk memasak buat “Nasi Kandar” itu., dan yang paling penting...dia tidak kalah di depan “Nasi Kandar’ itu….
“Okey..lady first…..” serentak Zafriel bangkit dari kerusi yang didudukinya. Wajah Ariessa dipandangnya. Tidak dipedulikan kedua-dua mama dan papa mereka yang sedang ralit memerhati pertengkaran mereka berdua…Pantas langkah Zafriel menuruti langkah Ariessa ke dapur.
Buat seketika, senyap sunyi ruang makan itu. Masing-masing saling berpandangan, membisu seribu bahasa. Hanya pandangan mata yang saling mentafsirkan makna…..
“Memang masak kali ni bang…..belum apa-apa, diorang dah tak sehaluan. Masing-masing tak nak mengalah…” suara Datin Sharifah mulai kedengaran. Sekilas wajah-wajah di depannya dipandang…..
“Bimbang saya kalau macam ni…jadi ke tak mereka berdua tu nak disatukan!” Puan Sri Khadijah juga turut melahirkan kerisauan. Rupa-rupanya perangai mereka masa kecil masih lagi melekat hingga kini….
“Ahh..kalau susah sangat, paksa jea mereka berdua tu…kitakan papa dan mama mereka. Guna jea “kuasa veto”, habis cerita…..” sampuk Tan Sri Adnan. Dipandang Dato’ Iqbal, pantas melebar senyuman di bibir sahabatnya menunjukkan tanda sokongan…………..
………………………………………………………………………………………………………
Ariessa menghempaskan badannya ke atas katil. Geram dan marahnya terhadap Zafriel masih bersisa….sengaja badak lelaki itu mengenakan dirinya. Tapi, nampaknya Zafriel telah tersilap target! Dia bukannya Riana Ariessa yang mudah mengalah dan dikalahkan…pantang berundur sebelum berjuang…tambahan pulak dengan “si nasi kandar hidung tinggi tujuh tingkat” itu. Lain kali Zafriel akan dikenakannya cukup-cukup! Hmm..hidung tinggi tujuh tingkat, memang kena dengan Zafriel, menyombong semacam dia tengok. Mentang-mentanglah baru balik dari oversea, memang “over” betul perangai dia…macamlah bagus sangat kalau setakat belajar kat luar negara. Dia pun belajar kat over sea! Boleh jalanlah….taksub dengan pembawakan budaya barat agaknya…..
Dipusing ke kiri, bagaikan terbayang senyuman Zafriel yang seakan mengejeknya. Dipalingkan posisi badannya ke kanan, sekilas sindiran Zafriel bagaikan terngiang-ngiang di telinga…Haahhhh….tension jiwanya saat itu.
“Ingatkan dah insaf buat jahat masa kecik..tapi rupa-rupanya makin teruk perangainya..”, Segera mindanya menerawang mengingati periatiwa di dapur tengah hari tadi…….

“Hah.., cakap awak nak suruh saya masak apa..? Ni Riana Ariessalah…semua masakan saya tahu…” soal Ariessa. Dia berdiri sambil bercekak pinggang rampingnya, mengadap Zafriel yang santai duduk di atas kerusi. Bulat matanya memandang Ariessa….suka benar dia melihat gadis itu marah. Sebab itu, masa kecil, gadis itu suka dikacaunya…!!!
“Rasanya takpelah Cik Riana Ariessa, lagipun perut saya ni dah kenyang. Takut bercampur dengan masakan awak, cirit birit pulak jadinya……” meledak ketawa Zafriel saat itu. Ariessa mengetap bibirnya. Geramnya...!!!! Senduk di atas kabinet dapur segera dicapai. Berkira-kira mahu memukul Zafriel dengan senduk itu. Namun Zafriel pantas bangun, Lagaknya bagaikan bersedia dengan segala tindak balas gadis itu.
“Berani awak main-mainkan saya ya….!!!Awak memang nak kena….!!!” jerit Ariessa. Seketika mereka saling kejar-mengejar mengelilingi meja di dapur itu. Memang gawat suasana saat itu…dengan suara Ariessa yang menjerit-jerit dan diselangi dengan suara kuat Zafriel yang ketawa…Bagaikan mengulangi masa zaman kanak-kanak mereka.
“Ya Allah.. budak berdua ni! Apalah nak jadi dengan kamu ni….?!!!” Sergahan yang datang tiba-tiba segera mematikan suasana di dapur itu. Tercungap-cungap Ariessa dan Zafriel menahan keletihan…Namun Zafriel masih tidak lepas dengan ketawanya.
“Tengok mereka bang…..” Puan Sri Khadijah memanggil-manggil suaminya yang sedang menuju kearah dapur. Haru biru dapur itu jadinya….
“Kalau nak main kejar-kejar sekalipun….bukan kat sini tempatnya…” tempelak Datin Sharifah. Geram dengan perangai mereka berdua, tak habis-habis hendak bergaduh! Sangkanya, Zafriel dan Ariessa baik-baik jea memasak kat dapur, tapi rupa-rupanya lain yang mereka buat.
“Yang kamu ni Zafriel, apasal tak henti-henti ketawa..?Apa yang lucu sangat tu…?” Tanya Tan Sri Adnan. Hairan dengan perangai anak terunanya. Manakala wajah Ariessa masam mencuka. Mesti Zafriel yang buat hal….
“Ariessa nak pukul Zafriel dengan senduk….”
“Mana ada…Zafriel yang kacau Ariessa dulu…macam mana Ariessa tak marah…?” jawab Ariessa.
“Macam budak-budaklah kamu berdua ni…layaknya jadi mak bapak budak! Bukannya buat perangai macam budak-budak…!!!” tempelak Dato’ Iqbal. Namun hendak ketawa pun ada melihatkan keadaan Zafriel dan Ariessa itu….apalah nak jadi……
“Sudah-sudah…pergi ke ruang tamu…..! Kami ada hal nak bincang dengan kamu berdua…” sampuk Puan Sri Khadijah. Namun pantas bahunya dicuit oleh Datin Sharifah….
“Rasanya, lebih elok kita bincang hal ni lain kali. Tengok keadaan budak berdua ni..terus tak jadi agaknya…….”.Kata-katanya Datin Sharifah bagaikan dimengertikan oleh mereka yang lain.
“Apa agaknya yang mama dan papa rancang? Nampak macam perkara serius jea….?!!!” Bisik hati kecil Ariessa. Jiwanya kembali berkocak, marah pada Zafriel entah menghilang ke mana…...biarlah, lain kali dia marah lagi…..
………………………………………………………………………………………………………
“Zafriel ni buat malu mama jea..buatlah perangai tu elok sikit..!!!” marah Puan Sri Khadijah dengan perangai anak terunanya itu. Tan Sri Adnan hanya megelengkan kepalanya. Umur dah masuk 27 tapi perangai mengalahkan budak berumur 7 tahun….
Hanya ketawa Zafriel yang menyambut leteran mamanya itu…Aksi Ariessa yang mengejarnya tadi masih lagi terbayang di ruang matanya. Merah padam muka gadis itu menahan kemarahan terhadapnya….Ariessa..Ariessa, perangai tetap macam dulu, pantang dicabar!
“Tengok tu bang….saya marah kat dia, dia boleh ketawa lagi. Dari tadi Zafriel asyik ketawa, apa yang lucunya…??”soal Puan Sri Khadijah. Hendak juga dia tahu apa yang berlaku, sampai mereka kejar-mengejar kat dapur…?. Namun Zafriel hanya mendiamkan diri. Tumpuan diberikan kearah jalan raya. Nanti tak pasal-pasal masuk longkang. Puan Sri Khadijah yang berada di tempat duduk belakang menunjukkan riak tidak puas hati…Tan Sri Adnan hanya mendiamkan diri. Cuba menganalisis sikap Zafriel. Hatinya amat yakin, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Zafriel daripada mereka berdua….sikap Zafriel amat berlainan sekali apabila berhadapan dengan Ariessa. Adakah dia….?Ah, kalau betullah telahannya, memang itulah yang diharapkan!
“Boleh tak Zafriel buat baik dengan Ariessa? Senang sikit kerja kami….” Puan Sri Khadijah yang sedari tadi diam membisu kembali besuara.
“Apa maksud mama?” soal Zafriel. Sejak akhir-akhir ini, kelakuan mama dan papanya nampak pelik! Macam ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuannya dan dia amat yakin bahawa “sesuatu” itu ada kaitan dengan dirinya………..
Namun pertanyaan Zafriel tidak bersambut. Mamanya hanya diam, sekilas ditoleh kearah papanya yang sudah lena dibuai mimpi….Tetapi yang pasti, dia tekesan bibir mamanya menguntumkan senyuman. Apalah yang misteri sangat dalam keluarganya kini? Soalan yang tiada siapa ingin menjawabnya…………

4 comments:

  1. heheheehe..
    lawak2..
    dlm hati ader chenta dorang nieh sbnrnye...
    tp ego jer..
    heheeh..

    n one more thing,,awk mybe slh nme pde 6 bris terakhir..
    sepatote zafriel,,bkn danishh..
    heheh..
    ske22..
    smbung2...
    besh bangat...

    ReplyDelete
  2. oppss..!!!
    tersilap...hehehe...

    tulah ego nama nyer...
    nak mengaku malu...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. ade ke patut diowang berdua tu main kejar2 ngan senduk kat dapur...???
    hahaha...
    lawak la...
    nak agi..
    nxt n3 pls...

    hmm.btol kte kesengalan terserlah 2..
    diowang ni same2 nak...
    tp x nk ngaku...
    adoiii...

    ReplyDelete
  4. lawok ah dgn senduknye.
    agagagagagg.kuali xde ?
    suke2.
    best2.
    -na`dz

    ReplyDelete