Wednesday, January 14, 2009

KERANA WASIAT...part 7

“Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan?!!!”
“Awak ni kenapa? Angin semacam jea saya tengok? Datang bulan ke?” sindir Haikal, tidak lepas matanya memandang wajah Batrisya yang sudah menjadi isterinya beberapa jam yang lalu.
“Argh..awak ni memang betul-betul tak guna..!!!!” tempik Batrisya.Lantaklah kalau ada orang lain yang dengar jeritannya, dia tidak kisah. Haikal itu perlu diajar! Pantas Haikal melompat dari katil dan menekup mulut isteriya dengan tangan kanannya. Batrisya tergaman. Berani Haikal buat macam ni? Kuat Batrisya meronta-ronta supaya dilepaskan.
“Jangan awak berani sentuh saya!!!!” Jerkah Batrisya selepas berjaya melepaskan diri dari gengeman Haikal. Nafasnya berombak ganas!
“Hei..yang awak pergi menjerit tu apasal? Nanti tak pasal-pasl orang lain dengar?!!!” Memang Haikal tidak menyangka yang Batrisya akan menjerit sebegitu rupa. Apa punya perempuanlah dia ni….
“Ahh..tak kisah kalau orang lain dengar! Lagipun mereka semua kan dah tahu kenapa kita kahwin! Sebab wasiat arwah atuk..!!!! So..tak perlu kita nak berlakon macam “loving couple in the world”!! Saya meluat tau…!!!!!” Batrisya menghamburkan segala yang terbuku dihatinya. Biar Haikal tahu….
“And, awak yang mulakan dulu…jangan ingat senang-senang jea awak boleh kenakan saya. Silap la kalau awak fikir macam tu…!!!!”Batrisya menyambung kata. Kemarahannya cuba dikawal sebaik mungkin.
“Hello, cik Batrisya..awak ingat saya ni suka sangat la kahwin dengan awak? Sori to say lah…kalau buka sebab wasiat atuk kita tu…dalam mimpi jealah awak dapat kawin dengan saya…!!! And awak fikir saya ni nak sangat ke sentuh awak, hah?!!! Maaflah, saya tak terliur pun…huh!” balas Haikal. Batrisya memang sudah melampau…!!!!
“Fine! Kalau macam tu, please get lost dari katil saya and I hope you still remember what you say!”
“Get lost…!!!!!” kata-kata Batrisya diulang lagi. Tajam pandangan matanya menikam mata Haikal. Haikal mula kehilangan kata-kata. Perempuan semuanya sama…..,jerit hatinya. Kata-kata itu bergema lagi. Wajah ayu Dahlia bertamu di ruang ingatannya. Semuanya bagaikan baru semalam berlaku....
“You’re not anything for me…get lost from my life…!!! I don’t need you anymore….!!!! Jiwa Haikal menangis. Selepas apa yang dia lakukan, itu yang dia dapat. Air matanya yang mengalir hanya dipersendakan. Cintanya yang selama ini dia agungkan, dicampak begitu sahaja…!!!!
‘”Haikal…..” panggilan Batrisya mengejutkan Haikal yang tenggelam dalam dunianya sendiri…Haikal tersentak! Bayangan silamnya mula berlalu pergi. Hanya wajah Batrisya memenuhi kotak penglihatannya dan tanpa sebarang kata, terus sahaja Haikal melabuhkan tubuhnya ke sofa…Hanya kesunyian yang memenuhi ruang bicara antara mereka.
Batrisya tergaman, kenapa Haikal berubah dengan tiba-tiba?

3 comments:

  1. erkk..
    kureng paham la n3 nieh..
    actually,,si haikal nie teringt kat spe smpai dye kta
    "perempuan sumenye sme??n air mtenye mengalir hanya dipersendkan .cintanye yg slme ni diagungkan dicmpak begitu sje"..
    urmmm..

    ReplyDelete
  2. huhuhu..
    sebenarnye, si haikal teringat cinta lame ngan awek dia...
    huhuhu....

    ReplyDelete
  3. owhh.paham2.
    agaaggag.suke2.
    smbung2.
    -na`dz

    ReplyDelete