Wednesday, January 7, 2009

KERANA WASIAT...part 1

“Apa?!!!!” kedua-duanya tersentak. Kalau diukur frekuensi suara mereka, gamaknya melebihi skala ritcher peristiwa tsunami tempoh hari. Seluruh isi rumah terkejut dek gabungan suara yang bagaikan halilintar itu yang boleh tahan merdunya.
“Saya tak setuju..!!!!” bantah si gadis. Hampir hendak terkeluar biji matanya menjeling ke arah jejaka yang duduk berhadapan dengannya.
“Saya pun…!!! Tempah bala namanya ni…!!!” balas si jejaka. Dia juga tidak mahu kalah dengan si gadis yang berada di depannya. Kalau gadis itu tidak setuju…ingat dia ingin sangat ke? Sorilah..naik lori bawak sendiri la…..
“Ini wasiat! Kami tak boleh buat apa-apa! Wasiat tetap wasiat, wajib kena buat…” kelihatan si bapa cuba memujuk selembut mungkin. Api yang sedang marak, jangan disiram minyak…..sarang tebuan jangan dijolok! Sudah sah-sah yang mereka berdua tidak akan bersetuju untuk melaksanakan wasiat itu.
“Daddy…..” gesa Nur Ain Batrisya. Duduknya bagaikan ayam kena panggang, sepadanlah dengan Haikal yang macam ayam berak kapur, kucing pulak hilang anak!! Azab..azab….
“Both of you, haven’t a choice...you have to…” Dato Ismail pula mencelah. Dia juga sebenarnya berbelah bahagi. Hendak dilanggar, sudah menjadi tuntutan agama…tapi bila difikirkan, bagaimana pula perasaan anak-anak itu? Tapi sekali fikir terasa lucu pula.Berkali fikir, penig kepala dibuatnya. Bagaimanalah arwah ayahnya boleh meninggalkan wasiat seperti itu? Bukannya arwah ayahnya tidak tahu “darjah kepanasan” hubungan kedua-dua sepupu itu. Ada sahaja yang tidak kena, sejak kecil hinggalah kedua-duanya menjengah dewasa. Ada sahaja perkara yang menjadi pertengkaran mereka berdua…itulah inilah…bila sudah letih bergaduh, dua-dua senyap! Agaknya sudah tidak ada idea untuk saling mengutuk.
Hmm..itulah Nur Ain Batrisya dan Muhammad Daniel Haikal. Mereka berdua adalah sepupu dekat. Masing-masing berkongsi datuk dan nenek yang sama tetapi berlainan ibubapa. Dato’ Ismail yang merupakan ayah kepada Batrisya adalah adik kepada Tan Sri Iskandar, bapa Daniel Haikal.
Kini sudah dua minggu Datuk Jamal meninggal dunia. Gempar bangle mewah 3 tingkat tu apabila Datuk Jamal tiba-tiba diserang sesak nafas di dalam biliknya. Menangis tidak berlagu Datin Mariam melihatkan keadan suaminya yang bagaikan nyawa-nyawa ikan sewaktu ditemui terbaring di atas lantai dalam bilik mereka, kelewatan tiba di hospital menyebabkan dia tidak dapat diselamatkan….innalillah!
“Kenapa atuk boleh buat wasiat macam ni?” soal Haikal. Namun tiada sesiapa pun yang inhgin menjawabnya. Dipandang wajah Batrisya sekilas, sekadar menyapa angin lalu. Sakit matanya kalau pandang lama-lama…gadis yang sentiasa bermuka sinis dan kuat menyindir itu. Seingat dialah, hanya satu atau dua kali sahaja dia boleh bercakap baik dengan gadis itu. Sebagai mukaddimah bicara, selebihnya kedengaranlah letupan segala bom, bedilan segala meriam takkala perbualan itu memasuki bahagian “isi penting”. Tidak tahu kenapa, dia dengan Batrisya memang tidak boleh bercakap baik. Ada sahaja perkara yang “memanaskan” darah mereka berdua….Nur Ain Batrisya…namanya memang cantik secantik empunya diri, tapi perangai…(tak baik mengumpat orang, berdosa). Bagi Haikal, Batrisya@gadis dingin beku seorang yang hipokrit. Dia benci orang yang hipokrit…dan Batrisya termasuk dalam senarainya. Huh..konon-kononnya tunjuk baik…tak layan budak lelaki! Dia ingat lagi Batrisya pernah cakap “ Lelaki semua tak guna”..mungkin sebab itu Batrisya suka mempermainkan cinta budak-budak lelaki yang minat gila-gila padanya. Teringat pada Kamal, Syafiq, Izham, Ojak dan kawan-kawannya yang lain yang sanggup berpanas berhujan semata-mata untuk memberi surat cinta yang dikarang dan dijampi selama tujuh hari tujuh malam kepada Batrisya. Tapi gadis itu mengoyakkan surat-surat cinta itu depan-depan mereka semua. Apalah sangat kalau ucap terima kasih, sebagai tanda menghargai walaupun diri tidak sudi. Bukan luak air liur pun…perasan cantik betul gadis dingin beku itu. Jual mahal sangat. Mungkin sebab dia diminati ramai siswa lelaki…Sesama kawan pun sanggup bertumbuk dek kerana penangan cinta Batrisya dan dia pernah melihat Batrisya ketawa gembira apabila mendengar berita ada kawan baiknya bertumbuk sesame mereka kerana dirinya. Sesekali pernah terlintas di fikirannya yang Batrisya itu adalah lesbian…nak kata pengkid atau tomboy tak mungkin kerana Batrisya adalah seorang yang amat menjaga penampilannya, walaupun ringkas tetapi menarik. Penuh dengan sifat ketulenan gadis Melayu terakhir. Sejuk mata memandang….Betul ke yang Batrisya itu lesbian? Eh, taklah..tapi semua kawan-kawannya perempuan…Tidak pernah Batrisya mengeluarkan suaranya dengan budak lelaki kecuali dengan dia..Ah, dia lain…Apapun analisis ringkas dia tentang Batrisya: Gadis itu pernah frust menonggeng kerana cintanya pernah dipermainkan oleh seorang lelaki, sebab itu Batrisya membalas dendam dengan mempermainkan perasaan lelaki yang menyukainya…!!!! Ada jugak manusia macam tu…
“Daddy paksa macam mana pun…Risya tetap tak setuju. Fullstop…!!! Suara lantang Batrisya kembali berkumandang. Memang dia tidak akan setuju, walau pun diupah sejuta ringgit! Kahwin dengan Haikal? Oh, no..!!! Memang mimpi ngeri kalau dia berkahwin dengan mamat ego@hipokrit itu! Perasan bagus sangat?! Lagipun dia masih muda, baru hendak menjangkau 25 tahun, takkan sudah hendak kahwin? Imposible! Lagipun mana hendak disorokkan mukanya kalau berita dia kahwin tersebar ke serata dunia. Mesti kawan-kawan dia tahu! Dulu kaw-kaw dia mengutuk kalau ada kawannya hendak kahwin( dalam hati jea..bukannya kata berdepan). Bagi Risya, perkahwinan itu ibarat sengaja meletakkan diri dalam keadaan bahaya dan sengsara. Macam orang hisap dadah, walaupun tahu dadah itu boleh membawa maut tapi sesetengah orang tetap hisap dadah. Tidak ke kerja bodoh namanya tu? Dan sesungguhnya itulah “definisi” perkahwinan yang dipegang oleh Batrisya. Tambah pulak kalau berkahwin dengan manusia bernama Muhammad Daniel Haikal_ mamat ego@hipokrit! Agaknya tidak sampai sebulan, boleh mati dia…!!!!
Kenapa Haikal_mamat ego@hipokrit? Ah, lelaki itu bila bercakap pasal perempuan, bukan main berapi dia berhujah “ Perempuan itu punca kebinasaan”. Memang sedap mulutkan lelaki itu bercakap? Tapi, yang dia menggatal dengan perempuan tu apasal? Lu fikirlah sendiri! Betul ke Haikal ada menggatal dengan perempuan? Eh pembetulan…sebenarnya perempuan-perempuan itu yang menggatal dengan Haikal! Kalau setakat perempuan cuba nak pegang tangan dia tu memang fenomena biasalah tu…yang tak biasanya kalau ada perempuan yag tidak akan menjeling kali kedua bila terserempak dengan Haikal, memang ada masalah penglihatanlah tu… kecuali dia..Nur Ain Batrisya. Maaflah, buat sakit mata jea kalau pandang mamat tu! Sekali pandang pun tidak sanggup!!! Inikan pula seumur hidup!
Berbalik kepada isu gatal-menggatal ni, kalau betul Haikal tak suka kenapa dia tak elak bila ada perempuan-perempuan cuba hendak rapat dengan dia? Sejak di university lagi macam tu…lelaki itu sentiasa jadi buruan student perempuan. Kiranya boleh popular kalau kena gossip ada hubungan dengan Haikal..macam dunia artis! Gosip itu memang wajib ada kalau hendak dikenali oleh masyarakat awam…atau Haikal biarkan saja sebab nak jaga maruah perempuan-perempuan tu? Dia yang tengok pun sakit hati!!!! Ini bukan kes jealous tau….
Seingat Batrisya, Haikal tidak pernah menunjukkan minat pada mana-mana gadis yang tergila-gilakannya itu. Ke mamat ego@hipkrit itu ada masalah dengan kelelakian dia? Mustahil…tapi manalah tahu kan? Takkan dia nak announcmentkan kalau betul dia macam tu. Pernah tersebar gossip yang mengatakan yang Haikal itu gay. Gila! Mulut anak siapalah yang berbau busuk itu? Akibatnya Batrisya turut terkena tempiasnya…memang menjadi “Hari itu dalam sejarah” apabila berpuluh-puluh mesej masuk dalam inboxnya meminta penjelasan tentang isu itu, tak termasuk lagi inbox dalam e-mail. Haikal dia tengok slumberland jea buat pekak badak. Mengiyakan pun tidak, menafikan pun tidak! Sampai lecture pun naik pening! Dalam kuliah siswi perempuan menyibuk bercakap pasal Haikal…datang kuliah semata-mata nak menambahkan perisa gossip mereka, kemudian lahirlah pelbagai versi cerita. Ala-ala drama fiipina pun ada..tak masuk lagi cerita versi korea jepun dan versi drama latin! Tapi bagi Batrisya, gossip tentang Haikal tu tak ubah macam cerita Tamil, berbelit-belit! Itulah Haikal...dan sikap Haikal yang dingin@sejukbeku itulah yang menambahkan lagi rasa “syok” siswi-siswi perempuan pada dia. Kononnya menambahkan sensasi!! Ada ke macam tu? Tapi melihatkan kepada sikap Haikal, Batrisya membuat suatu kesimpulan: Haikal pernah dikecewakan oleh seorang perempuan dan sebab itulah Haikal tutup hatinya untuk menilai keindahan dan kebaikan yang wujud dalam diri seorang perempuan! Ego!!!!
“Ini bukan kes paksa…tapi wasiat. Kamu berdua kena faham” suara Tan Sri Iskandar yang bergema di runag tamu itu mematikan khayalan mereka berdua. Memang, baik Haikal mahupun Batrisya sedar yang itu adalah wasiat, tetapi kenapa mereka? Bukannya mereka berdua anak tunggal dalam keluarga?
“Kamu berdua fikirkanlah…hanya ada dua bulan saja lagi untuk kamu laksanakan wasiat itu. Fikirkanlah…..” sampuk Dato’ Ismail. Wajah kelat dan masam mencuka Haikal dan Batrisya dipandang dan direnung sedalam-dalamnya....

4 comments: