Friday, January 23, 2009

KERANA WASIAT...part 10

“Awak ni tak reti-reti nak bangun dari katil ke? Memang ada gaya orang pemalaslah awak ni…..” Giliran Batrisya pula memulakan serangan. Sesekali direnung wajah Haikal yang sedang khusyuk membaca majalah. Habis komik Doraemon, majalah lain pulak yang disambarnya. Berselerak atas katil….
“Apa awak sibuk….?? Ikut suka hati sayalah…..”
“Masalahnya, berselerak atas katil saya…Saya tak sukalah!!!”
“Mak oi…awak ni berkira sangat laa….Cerewet betu..!!!!l” Haikal mula bangkit dari katil. Selepas menggeliatkan badannya beberapa kali, dia terus berlalu ke bilik air! Batrisya yang melihatnya merasa geram. Memang sengaja cari pasal mamat ni! Dia kemudiannya berlalu ke katilnya. Mengemas majalah yang dibaca oleh Haikal. Tidak habis-habis mulutnya membebel. Geram dengan sikap Haikal. Kena karate kang…..
“Tak elok membebel masa mengemas. Nanti bila sudah tua, cakap merapu! Macam orang nyanyuk!” Entah bilalah Haikal keluar dari bilik air, tup tup suaranya tiba-tiba sahaja kedengaran di telinga Batrisya!
“Awak ni kuat membebel jugak ya…!! Macam mak nenek…” berjela-jela serangan Haikal, namun Batrisya sedikit pu tidak ambil pusing! Cakaplah macam mak nenek ke, macam mak ayah ke..dia peduli apa?
Seketika kemudian, pintu bilik mereka diketuk! Lambat-lambat Haikal menuju ke arah pintu. Dbukanya perlahan pintu itu. Terjengul kepala along di situ.
“Papa dan mama suruh turun. Sarapan….Ke nak bersarapan kat sini?” soal Along dengan senyuman seindah surianya. Haikal ketawa mengekek!
“Along ni…..” Ada ke patut….Takpe, nanti kami turun ya. Thanks sebab bagithau tau” balas Haikal.
“Along ok jea…!!!” pantas along menepuk bahu Haikal. Boleh pulak dua ekor mamat tu bersekutu, kutuk Batrisya. Perangai satu pakej, patutlah…..
“Adk jangan lupa..turun sekali…!!” laung Along agak kuat di muka pintu. Haikal cuba menahan ketawa.Adik..????? Alahai…..terima jealah….
“Adik dengarlah…Along ni menyibuk jea….!!!!!” Balas Batrisya. Masam mukanya. Wajah along langsung tidak dipandangnya! Kedengaran suara along ketawa dengan kuat, bersatu dengan suara Haikal. Memang confirm, sama spesislah mereka berdua tu!! Marah Batrisya
“Oklah.nanti turun tau! Along nak pesan, kena beringat sikit dengan mak kedondong ni…..” sempat lagi along berbisik dengan Haikal, namun tidak didengari oleh Batrisya.
“Hah…???!! Mak kedondong..? Sape tu…????” Tanya Haikal kembali. Beminat hendak tahu sebenarnya.
“Bini Haikallah…dia tu pantang diusik! Makan jeruk mak kedondonglah jawabnya…”
Hahahahaha…Haikal cuba menahan perutnya yang bergetar dengan kata-kata along. Mak Kedondong? Huh..mantapnya tu!!! Sesuai betul dengan Batrisya!!! Kelibat along kemudiannya menghilang di balik pintu.
Batrisya masih lagi mengemas katilnya yang kelihatan agak tidak kemas. Gara-gara Haikal!!! Sesekali dikerling kea rah Haikal yang sedang mencari sesuatu di dalam almari pakaian. Kemudian dia menarik keluar baju dan seluar yang dirasakan sesuai. Kain tuala dicapai….
“Aik..berapa kalilah dia ni nak mandi..????” bisik Batrisya melihat suaminya itu mencapai tuala. Namun tidak pula dia melangkah ke bilik mandi.
“Tak malu mengintai orang…..?!!!!” sergah Haikal. Bukannya dia tidak tahu yang Batrisya curi-curi memandangnya! Hehehehe..tapi dia buat cool jea!
“Erkk….betapa malunya Batrisya apabila disergah begitu! Adoiii…
“Sape yang intai awak…???? Takde maknanya….!!!!” Balas Batrisya sambil menepuk-nepuk bantalnya berulang kali. Eii..kenaplah sarung bantal ni kecik sangat? Kalau tak, boleh aku tumpang masukkan muka aku sekali dalam sarung ni…
Selamba sahaja Haikal menanggalkan seluar yang dipakainya tadi di dalam bilik itu. Kaget Batirsya dibuatnya!
“Awak ni memang tak belajar subjek moral!! Tak hormat sensitivity orang langsung…!!!!” marah Batrisya sambil melarikan anak matanya ke arah lain.
“La..kenapa pulak? Salah ke? Takkanlah saya nak pergi salin pakaian kat ruang tamu kot…???? Bersulam kata-kata Haikal dengan gelak ketawa.
“Blik air kan ada! Pergilah salin pakaian kat sana…!!!!”
“Ikut suka sayalah nak salin kat mana…..Awak dengki apa…????” sampuk Haikal dengan ketawanya yang masih bersisa. Bajunya pula ditanggalkan dari badannya. Dia bukannya apa, sengaja ingin mengusik isterinya itu.
Eeiii…memang jiwa betul kalau layan si jeruk mangga tak habis ni…, Batrsiya mendengus geram. Along selalu puji Haikal ni bersopan orangnya. Sekali pandang terus berkenan nak dibuat menantu! Sopan???? Perangai macam tu sopan? Huh…dia pandang seribu kali pun, belum tentu masuk dalam senarai sebagai calon suami!! Hmm…patutlah along pakai cermin mata…rabun mata rupanya along tu….
“Adik tak nak turun sekali ke???” Tanya Haikal. Terasa lucu apabila Batrisya dibahasakan sebagai “adik”…!!! Batrisya menghembus nafas. Geram. Bilalah mamat ni hendak ghaib dari depan dia..????
“Awak panggil nama saya elok sikit tau! Hanya mama, papa angah dengan along jea boleh panggil saya “adik”….Sekali lagi awak panggil saya adik..siaplah awak…!!!!”

1 comment:

  1. hahaha.. lawak2!
    balik2 batrisya je yg terkena..
    hehehe..

    nak lagi, nak lagi! =)

    ReplyDelete