Friday, January 23, 2009

KERANA WASIAT...part 11

“Lamanya pengantin baru kita nak turun……” sapa Dato’ Ismail dengan senyuman yang melebar di bibirnya. Lama dia memerhatikan Haikal dan Batrisya yang jalan beriringan ke ruang makan. Batrisya mula gelabah. Sedar bahawa mereka berdua menjadi perhatian di ruang makan itu. Melihat senyuman along yang sinis itu, makin kalut rasa malunya. Haikal? Uhh…lelaki itu nampak tak kisah pun…yalah, jenis muka yang tak tahu malu….biasalah kan..????
“Duduk Haikal...jangan pulak kamu segan! Buat macam rumah sendiri”
"Bilik pun dia buat macam bilik sendiri papa….” Hendak sahaja Batrisya menyambung kata papanya itu. Tapi tak berani!
Mereka mengambil tempat duduka bersebelahan. Ligat tangan Batrisya mencapai sandwich yang terhidang di depannya. Dibiarkan sahaja Haikal melayan diri sendiri.
“Eh, kamu ni Baytrisya! Layanlah suami kamu tu…Dia nak makan apa? Minum apa..?” tegur Datin Salmah. Ralit dia memerhatikan gelagat anak menantunya itu. Nampak ok sikit….
Batrisya tersenyum kelat. Dia terkesan senyuman di bibir Haikal. Sukalah tu dia kena tegur dengan mama!
“Takpe mama…Haikal ambik sendiri. Tak kisah pun…” selembut bayu suara Haikal berkata-kata.Senyuman tidak lekang dari bibirnya!
Aik..??? Batrisya diterpa kehairanan. Biar betul mamat jeruk mangga ni? Semacam jea dengar suara dia cakap! Huhh..memang alim-alaim kucing betullah……
“Sejuk hati mama…..”
“Sejuk…!!!!!!! Huhh…hati Batrisya yang panas ni mama tak kira…..", dengus Batrisya. Geram kerana Haikal dipuji oleh mamanya pula. Mula-mula along…kemudian mama, lepas ni mesti papa masuk part pula. Confirm! Menyampahnya…!!!!!!!!
Batrisya mengalihkan mukanya ke arah along. Tersenyum kambing alongnya itu. Macam ada apa-apa jea along ni….Batrisya diterpa kerisauan. Pandangan mata along tu yang bahaya…
“Kenapa dengan dahi Haikal? Merah semacam jea….??” Pertanyaan along menyapa gegendang telinga Batrisya. Serentak pandangan mata tepat dihalakan kea rah Haikal.
Alamak……!!!! Apa pulak along ni??? Baik Haikal mahupun Batrisya, masing-masing mula tidak senang duduk!
“Yalah…dari tadi mama perasan….” Sampuk Datin Salmah. Dato’ Ismail hanya tersenyum. Ah..bukannya mereka tidak tahu makna senyuman itu!
“Kuat projek semalam….? Sampai bengkak dahi-dahi….”
Ya ALLAH…malunya muka! Mana hendak sorok ni? Memang berubah air muka Batrisya dan Haikal. Hanya ALLAH sahaja yang tahu……
Hahahahahahahaha…..gamat ruang makan itu dengan paduan suara mama, papa dan along! Nasib baik yang lain tak join sama kat ruang makan tu, kalau tak…ya ALLAH….
“Ganas jugak anak papa ni…..” Dato Ismail pula mengambil bahagian mengusik! Seronok melihat anak menantunya itu tersenyum malu! Langsung tidak berkutik mereka berdua! Senyap!
“Er..er..takdelah papa…sebenarnya Haikal terhantuk meja tadi. Tu sebab bengkak dahi ni..!!” Fuh!!! Batrisya menarik nafas lega. Alasan logik tu…kan? Kira boleh diterima pakailah…
“Hah..???? Terhantuk meja??? Sedap-sedap jea mak kedondong ni cakap aku terhantuk meja? Padahal dia yang lempar botol krim kat dahi aku…!!! Eeiii…aku cakap kang..???!!!! Baru padan muka dia…!!!!” Dijeling kea rah Batrisya yang sedang tersenyum macam kerang busuk! Sabarlah hati….sabar!
“Alah…apa nak malunya?’ along masih lagi galak menyakat!
“Alongg……..!!!!!!
“Mana ada…!!!! Adik tak buat apa-apa pun…Sedap-sedap jea tuduh orang! Bencilah dengan along ni….!!!!” Batrisya mula menghentakkan kakinya ke lantai….
“Takkan nak cakap….!!!!!!”
Batrisya hampir-hampir hendak menangis! Terkedu Haikal dibuatnya. Manjanya isteri aku…..
“Along…sudah-sudahlah tu..nanti tak pasal-pasal menangis pulak adik ni..Jenuh Haikal nak memujuknya……” Datin Salmah mula campur tangan. Kasihan melihat anak perempuannya itu. Air muka Batrisya mula keruh. Cuba menahan air matanya dari menitis! Dia tak suka diusik begitu…
Tanpa sebarang pamitan, Batrisya tiba-tiba bangkit dari meja makan. Terus berlari masuk ke biliknya! Terdiam seketika mereka yang berada di situ.
“Haa..tengok? Kan mama dan cakap…along ni suka sangat usik adik!” tegur Datin Salmah. Terasa geram juga dengan perangai anak sulungnya itu. Suka sangat mengusik Batrisya!
“Sori Haikal…along gurau jea…Takde apa-apa niat pun…”
“Takpe…saya pergi jenguk Batrisya dululah…..” pinta Haikal dan dia pun turut berlalu sama dari situ. Masuk ke bilik….
Perlahan-lahan Haikal membuka pintu biliknya. Mengintai keadaan Batrisya. Sayup-sayup kedengaran esak tangis Batrisya. Batrisya menangis..???? Biar betul….???? Tak sangka pula yang isterinya itu ada air mata……
“Batrisya………” perlahan-lahan Haikal memanggil nama isterinya itu. Namun Batrisya hanya diam. Langsung tidak menyahut panggilan suaminya itu. Dia sebenarnya marah! Marah dengan Haikal!
“Kenapa awak tak backup saya tadi…..?????” terlontar pertanyaan dari mulut Batrisya. Dipandang wajah Haikal dengan tangisan yang masih bersisa….Biarlah Haikal nak cakap apa pun..dia tak kisah!
“Kenapa….????” Haikal diserbu kehairanan. Kenapa Batrisya marah sangat? Perkara biasa jea tu bagi pasangan yang baru berkahwin….kena usik. Kan?
“Saya tak suka! Awak tau tak…..!!!!!!”
“Habis tu..takkan saya nak cakap bengkak kat dahi saya ni sebab awak terlempar botol krim awak tu…..” Haikal cuba membela diri. Tak faham dengan sikap Batrisya sebenarnya!
“Arghhhh…awak ni…..!!!!!!!!!” Batrisya kembali menghempaskan badannya ke katil. Sakit hati dan sakit dengan Haikal. Langsung tak boleh diharap!
“Pulak dah….Tak faham saya dengan sikap awak ni…” Haikal kemudiannya berlalu dari situ. Malas Batrisya hendak ambil tahu.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik dibuka kembali. Batrisya hanya memejamkan matanya. Masih sakit hati dengan kata-kata along tadi. Sudahlah perutnya lapar…
“Nah…makan ni….” Sapa suara Haikal. Batrisya pantas membuka matanya. Aikk…dilihat Haikal sedang berdiri di tepi katil sambal menatang dulang.
“Makan la…nanti perut tu masuk angin!”
Namun Batrisya masih lagi membisu. Mindanya masih ligat menganalsis. Pelik betul perangai Haikal. Biar betul suaminya itu membawakan sarapan untuknya…..Pelik bin ajaib betul......

4 comments:

  1. hahaha
    cam xcy je haikal bwak srpan tuk batrisya...
    sllunye diaorg 2 gduh je...huhu

    ReplyDelete
  2. hehehe.. kena usik sampai nangis..
    nasib awak la batrisya.. hihihii..

    ReplyDelete
  3. mnje gle batrisya 2..
    cm2 pown da ngis..
    tp haikal 2 sweet gak an..
    xde arr trok sgt pragai dier..

    ReplyDelete
  4. salam...
    hai!..comel la stry nie =]
    sy br jer jmp blog anda nie...and trs jatuh hati pada gaya penulisan kamu.keep up d gd work.x sbr nk tggu n3 yg seterusnya...

    ReplyDelete