Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 16

Senyap sunyi keadaan dalam wad itu. Mereka semua sudah berangkat pulang. Dato’ Iqbal pula sedang tidur…Perlahan-lahan Zafriel dan Ariessa melangkah menghampiri Dato’ Iqbal…Ariessa tersenyum senang. Papanya telah sedar….
Pantas kakinya melangkah kearah sofa. Niatnya hendak merehatkan dirinya yang keletihan. Mungkin kerana tidurnya yang terganggu sejak dua tiga hari itu….Tubuhnya dihempaskan ke sofa.Matanya terpejam seketika, cuba merehatkan minda…
Kemudian dia terasa sesuatu benda melekat padanya. Sah…!!Ni mesti kerja Zafriel! Tak habis-habis nak mengganggu ketenteramannya…Dia pantas membuka mata. Dilihat Zafriel selamba sahaja duduk bersebelahan dengannya, malah begitu dekat sekali. Geramnya datang bertandang…!
“Boleh tak awak duduk jauh-jauh sikit? Naik rimas saya…Saya tak perlukan body guard untuk kawal saya 24 jam…!!!”. Marah Ariessa. Pening kepala dia dengan perangai “suami segera” nya itu. Lagak macam security guard tak bertauliah! Zafriel hanya tersengih memandangnya….
“Nak tahu satu rahsia tak…?” suara Zafriel mulai kedengaran. Ariessa memalingkan muka kearah suaminya itu. Dilihat mata Zafriel terpejam rapat Ingatkan dah tidur..ke mengigau…..? Bisik suara hati Ariessa.
“Uhh…malas saya nak tahu rahsia awak…! Buang masa jea….” Pintas Ariessa, dijarakkan sedikit badannya agar tidak bersentuhan dengan Zafriel.
“Hmmm..tak nak tahu ya…tapi cara Ariessa pandang abang macam berminat jea nak tahu rahsia abang tu…..” balas Zafriel. Bibirnya menguntum senyum. Erkk..Ariessa menggigit jari! Macam mana dia tahu aku tengok dia…?Kantoi….!!!
“Awak ni…kalau tak mengganggu ketenteraman saya boleh tak…? Asyik nak kacau orang jea…”Ariessa kelihatan betul-betul tidak berpuas hati. Tapi Zafriel hanya tersenyum, makin seronok dia melihat Ariessa marah.
“Perangai tak berubah-ubah. Suka sangat kacau orang…” bebel Ariessa. Kalau diikutkan hati, mahu saja Zafriel itu ditolaknya jauh-jauh, tapi mengenangkan yang “Nasi Kandar” itu telah menjadi suaminya….hendak atau tak, dia kena hormatkan Zafriel! Kadang-kadang dia rasa seperti bermimpi. Tak sangka yang dia akan berkahwin dengan Zafriel...Tapi dia redha, perkahwinannya dengan Zafriel rupa-rupanya mempunyai hikmah yang dia sendiri tidak mampu meramalkannya. Pada hari perkahwinannya itu, Papanya telah sedarkan diri….Ya Allah, aku akan belajar menerima qadar-Mu dengan redha dan ikhlas……….
“Sebenarnya abang banyak rahsia nak beritahu pada Riessa sampai tak tahu nak cakap yang mana satu……” Zafriel pula bersuara setelah agak lama berdiam diri. Namun Ariessa berpura-pura tidak ambil kisah, walaupun hatinya meronta-ronta ingin tahu apakah rahsia Zafriel itu. Berapa gunilah agaknya rahsia yang dia simpan?
Zafriel mula merapatkan dirinya kepada isterinya itu. Mata Ariessa terpejam rapat. Tapi dia tahu yang isterinya itu belum tidur…dengan wajah Ariessa yang masam mencuka, memang sah Ariessa belum tidur. Dia memang masak dengan sikap Ariessa, kalau betul gadis itu tidur, wajahnya akan sentiasa senyum…..macam Sleeping Beauty.
“Nak tahu tak rahsia abang…?” bisik Zafriel ke telinga isterinya itu. Saat itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya hati Ariessa, suara dan hembusan nafas Zafriel begitu dengan mukanya…janganlah Zafriel buat macam-macam…, bisik hatinya. Zafriel semakin melebarkan senyumannya. Perangai Ariessa memang keras dan degil…!!! Spontan dia membelai wajah Ariessa, pipi isterinya yang putih bersih itu diciumnya, namun Ariessa langsung tidak berkutik! Makin seronok Zafriel…perlahan-lahan tangannya menyentuh bibir isterinya itu. Dielus lembut bibir itu. Nafsunya mula bergelora, tetapi ditahannya…Ariessa memang cantik..!!!
“Boleh tahan jugak degil Riesa ni..aku buat macam ni pun dia tetap berdegil jugak…” bisik Zafriel.OK…aku nak tengok setakat mana dia boleh bertahan….”.
Ariessa mula diserang rasa gelabah…hanya Tuhan saja yang tahu debaran yang dia rasai. Belaian Zafriel…dia mula rasa tidak senang duduk! Bukan dia tidak tahu perangai Zafriel…kadang-kala tindakan Zafriel diluar jangkaan…Sepantas kilat dia membuka mata. Terkejut bukan kepalang dia, wajah Zafriel yang sedang tersenyum itu hanya beberapa inci sahaja dengan wajahnya. Ditolak Zafriel sekuat hati…..
“Tak guna…..!!!!!!!!!” luah Ariessa dalam hatinya. Berapi kemarahannya saat itu. Tapi Zafriel hanya ketawa.
“Tahu takut….siapa suruh degil sangat…..”kata Zafriel dengan ketawanya yang masih bersisa. Dipandang wajah isterinya yang sedang marah itu.
“Kalau awak nak sangat beritahu rahsia awak tu…beritahu jealah…!!!” marah Ariessa. Perangai Zafriel itu memang melampau, tidak sanggup dia membayangkan apa yang akan berlaku jika dia tidak sempat membuka matanya saat itu. Kadang-kadang dia sendiri berasa hairan, kenapa perangai Zafriel berubah begitu sekali. Sebelum ini dia melihat Zafriel agak dingin dan penyombong orangnya. Sama dengan perangainya masa kecil, tetapi kenapa sekarang setelah mereka berkahwin, perangai Zafriel berubah begitu sekali….sifat gatalnya semakin menjadi-jadi…..
Semakin gamat wad itu dengan suara ketawa Zafriel dan tanpa disedari telah mengejutkan Dato’ Iqbal…..
“Awak nak satu Malysia ke dengar suara awak ketawa tu…Papakan tengah tidur…” marah Ariessa. Dicubit lengan Zafriel. Geram.
“Mak oii..ibu ketam ni, garangnya…..”Zafriel menggosokkan lengannya yang dicubit oleh Ariessa. Kuat jugak tangan isterinya itu….
“Sampai hati sayang buat abang macam ni…sakit tau….” Zafriel merengek manja. Bertambah galak suaranya ketawa….Ariessa hanya memasamkan mukanya. Menampakkan riak wajah tidak bersalah. Padan muka…!!!
“Yang awak tu gatal tak bertempat siapa suruh….? Kalau awak nak satu Malaysia tahu rahsia awak tu..panggil press, buat conference..!!!” balas Ariessa. Tajam matanya menjeling ke arah Zafriel yang sedang ketawa itu. Sesekali matanya melirik kearah papanya yang sedang tidur itu. Nasib baik papa tak sedar. Pengacau betullah Zafriel ni…
“Sayang….dah namanya rahsia, mana boleh beritahu….kalau beritahu, bukan rahsia namanya….” balas Zafriel.
“Zafriel………..!!!!!” Ariessa menjerit geram. Di ambil bantal di sisinya itu, lantas dipukul Zafriel bertalu-talu. Geramnya, tidak habis-habis Zafriel mempermainkannya.
“Saya nak tidur..kalau awak nak main, pergi main jauh-jauh….Kalau awak kacau saya lagi, siaplah awak lepas ni…!!!”, kata Ariessa selepas penat tangannya memukul Zafriel. Tapi lelaki itu hanya ketawa. Pelik Ariessa, masa kecil tak pernah pulak dia dengar yang Zafriel ada sawan ketawa….
“Yes Madam…perintah dijunjung…” balas Zafriel. Dia sudah malas hendak mengacau Ariessa. Tahu bahawa isterinya itu penat setelah berhari-hari tidak tidur. Dia kemudiannya memberikan sedikit ruang kepada Ariessa menjulurkan kakinya atas sofa yang mereka duduki itu. Sesaat kemudian mata Ariessa mulai layu. Letih benar rasanya. Zafriel pula turut sama menuruti langkah Ariessa…mereka akhirnya sama-sama terlena di atas sofa. Seorang terlentok kepala ke kanan dan sorang lagi ke kiri......

2 comments:

  1. org first cmmnt.agagag
    suke2.
    sweet ah.igt dh kiss.agagag
    lawok ah.smbung2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  2. hahahahaaa..
    adoyy....sweet bangat...
    huhu..
    ske2....

    ReplyDelete