Friday, January 16, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 30

Ariessa menangis semahu-mahu di dalam biliknya. Langsung tidak menyangka yang Zafriel sanggup merperlakukannya sebegitu rupa! Tapi…hati dan perasaannya berbolak-balik! Ucapan maaf Zafriel kelihatan jujur pada pandangan matanya! Ah…pandangan mata bukannya oleh dipercayai. Semuanya tipu….Namun, sedikit sebanyak dia rasa amat bersalah terhadap Zafriel, lelaki itu berhak ke atasnya…tapi entahlah, dia keliru sebenarnya…kenapa perasaannya sukar untuk menerima Zafriel!
“Ya Allah, hanya Engkau yang lebih mengerti segala-galanya. Ampunkan dosaku ya Allah…!!!! Aku hambamu yang lemah dan tak berdaya ya Allah…Pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai….”
Ariessa cuba memejamkan matanya, namun gagal. Hanya bayangan Zafriel yang mengisi ruang mindanya. Zafriel ketawa. Zafriel yang suka mengusiknya. Zafriel yang suka menyindirnya. Zafriel yang….ahh….Bagaikan terngiang-ngiang suara Zafriel tika itu dan…tiba-tiba Ariessa jadi rindu…………
“Apa dah jadi dengan aku ni? Kenapa aku ingatkan lelaki tu? Huhh…!!!! Patutnya aku marah kat dia!!!” perasaan Ariessa membentak! Dia bingkas bangun dari katil! Dikerling jam ditepi katilnya. Pukul 3 petang! Ya Allah…aku belum lagi menunaikan kewajipanku pada-Mu..!!!! Pantas kakinya melompat ke bilik air….membersihkan diri yang sepatutnya.
………………………………………………………………………………………………
Agak lama Zafriel termenung di dalam keretanya. Malas hendak masuk ke rumah. Hatinya masih lagi terusik dengan setiap kata yang keluar dari mulut Ariessa. Namun dia tidak menyalahkan isterinya…memang patut pun dia dimarahi! Entahlah, dia rasa malu pada diri sendiri…kenapa dia tidak boleh mengawal perasaannya? Kenapa dia begitu bodoh? Kenapa dia langusung tidak terfikirkan akan akibat yang akan ditanggung di atas perbuatannya itu? Kenapa….?!!!!!Tapi…..
Zafriel mengeluh lagi! Dia sendiri tidak sedar yang boleh bertindak begitu terhadap Ariessa….segala-galanya berlaku tanpa disedarinya, tapi mana mungkin isterinya itu akan percaya… Ariessa, susah untuk menduga isi hati wanita itu………….
“Zafriel……” tegur Puan Sri Khadijah. Lama wajah anaka lekainya dipandang. Datin Sharifah sudah pun memberitahuanya tentang perihal Zafriel yang menghantar Ariessa balik ke rumah gara-gara gadis itu sakit gastric.
“Zafriel…..” panggil Puan Sri Khadija lagi. Namun panggilan itu langsung tidak diendahkan oleh Zafriel. Dia sebenarnya masih hanyut dengan dunianya sendiri…Laju sahaja kakinya berjalan menuju ke biliknya.
“Sudah…?!!!! Kenapa dengan Zafriel?” benak Puan Sri Khadijah diterpa kehairanan. Apa yang menimpa anaknya?????.
Badannya dihempaskan ke katil. Namun perlahan-lahan Zafriel bangkit semula. Pantas tangannya membuka almari pakaiannya. Agak lama dia menyelongkar almari pakainanya itu. Mencari sesuatu…
“Dah jumpa pun…….”, bisik Zafriel. Terukir senyuman di bibirnya. Album gambar itu masih elok tersimpan di dalam almarinya. Kakinya bergerak semula ke katil. Satu persatu album tersebut dibuka……
“Ariessa….”nama itu diserunya berulangkali. Banyak sekali gambar Ariessa yang diambil bersamanya. Ariessa berumur 7 tahun, manis gadis itu memakai ceogsam dengan dua riben yang terikat di rambutnya. Comel! Ligat tangan Zafriel mebelek gambar-gambar tersebut. Ariessa sedang bermain di kolam renang..ah seksinya gadis itu semasa berumur 9 tahun dengan Zafriel yang hanya berseluar pendek…lucu pula bila menatap kembali gambar itu! Kemudian ralit dia memandang gambar Ariessa yang sedang memeluknya dari belakang. Mana mungkin dia lupa, waktu itu mereka beramai-ramai meraikan birthday Zafriel di restoran tapi gadis itu merengek-rengek minta untuk meraikan hari jadinya sekali-kali dan terpaksalah mamanya menampah sebiji lagi kek untuk Ariessa dan ankhirnya kek itu menjadi “peluru” apabila mereka saling melemparkan kek ke muka masing-masing. Gamat restoran itu jadinya…..
Zafriel tergelak sendiri. Segalanya masih segar dalam ingatannya. Mana mungkin dia lupa……
Jam di biliknya tiba-tiba berdenting. Sudah pukul 11.00 malam. Tiba-tiba dia teringatkan Ariessa! Sudah tidurkah isterinya itu? Masih marahkah lagi isterinya itu? Puas album itu ditatap, dia pantas menyimpannya semula ke dalam almari. Tiada siapa yang tahu yang dia ada menyimpan semua gambar-gambar Ariessa di dalam biliknya. Dia mengambil gambar itu secara curi-curi dalam album keluarga mereka. Pernah mamanya bertanya tentang gambar-gambar mereka yang banyak hilang, namun dia hanya mendiamkan diri….padaal dia yang mengambilnya!
Puan Sri Khadijah mula tidak senang duduk! Memikirkan keadaan Zafriel, hatinya dihambat keresahan. Ada masalahkah anaknya itu? Kenapa mukanya muram sahaja?
“Yang awak ni berkawat malam-malam kenapa? Sakit mata saya tengok?” sapa Tan Sri Adnan. Pembacaannya terganggu…kelibat sterinya yang resah bagai kucing hilang anak itu tambah meresahkannya.
“Zafriel……”
“Zafriel? Kenapa dengan budak tu? Dia belum balik lagi ke?”
“Takdelah…tadi dia dah balik! Tapi lain macam je saya tengok muka dia tu bang…macam ada masalah jea…” Puan Sri Khadijah meluahkan rasa hatinya. Suaminya dihampiri.
“Alah…awak jangan risau..pandai-pandailah dia settlekan masalah dia tu…lagipun dia dah besar. Dah boleh berfikir matang! Janganlah awak risaukan sangat!” pintas Tan Sri Adnan. Dia kemudiannya kembali menyambung bacaannya yang terhenti tadi. Ingatkan apa masalah isterinya itu.
“Ah..abang cakap memang senang. Ni perut saya rasa tak sedap hati! Saya yang kandungkan dia bang….”
“Hmmm..asyik-asyik modal sama jea yang awak cakap! Takde modal lain. Memang la awak yang kandungkan dia…sayang oii” balas Tan Sri Adnan. Puan Sri Khadijah mengerutkan mukanya.
“Saya nak pergi jenguk anak kita tu kejap. Takut ada apa-apa yang berlaku pada dia…..”
“Eh..awak ni…sekarang dah pukul berapa? Entah-entah dia sudah tidur?”
“Takpe…selagi saya tak tengok dia..selagi tu hati saya tak tenang bang….”
“Hmmm…ikut suka awaklah…..Malas saya nak masuk campur”
“Huhh..orang lelaki, apa yang mereka tahu?” Puan Sri Khadijah kemudiannya menghilang dari balik pintu. Kakinya dihalakan ke bilik Zafriel. Lama pintu bilik anaknya itu diketuk, tetapi tidak dibuka…
“Dah tidur ke Zafriel ni?” Puan Sri khadijah berkira-kira sendiri. Tangannya kemudiannya memulas tombol pintu bilik anaknya. Tidak berkunci! Prelahan-lahan mukanya dijengukkan ke dalam bilik Zafriel. Namun kelibat anak lelakinya itu langsung tidak kelihatan dan seketika terdengar deruan air di bilik mandi. Sedang mandi agaknya. fikir Puan Sri Khadijah.
Dia menapak masuk ke bilik Zafriel, pantas menuju ke arah katil anaknya. Sedang dia berjalan, tiba-tiba kakinya terpijak suatu. Lambat-lambat mukanya memandang ke lantai. Satu sampul berwarna putih terjatuh ke atas lantai. Diambil sampul itu. Perlahan-lahan dibukanya….
“Surat….????!!!!!” Puan Sri Khadijah terkedu seketika......

4 comments:

  1. warghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
    suspennye.
    nak nangis rse cz suspen sgt.
    agagagaga.
    smbung2.
    kabusrindu smbung.
    suke2
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. wooo...
    ape jd lepas uh??
    suspen..
    smbung...

    ReplyDelete
  3. best baca cite ni...tak sabar nak tunggu next n3....sambung cepat ye!

    ReplyDelete