Friday, January 16, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 33

“What…???!!!!!!”
Terjatuh handphone di tangannya. Cepat-cepat Ariessa beristighfar. Minta-minta tiada perkara buruk yang berlaku.

“En. Rosli dan En. Rahmat dah hantarkan En. Zafriel kat hospital. Saya pun tak tahu apa yang jadi. Tiba-tiba jea En. Zafriel jatuh pengsan semasa sedang bercakap dengan En. Rahmat pasal projek kat tapak pembinaan tu……..”

Itulah yang diberitahu oleh Siti, setiausaha Zafriel yang menerima panggilan telefon daripada En. Rahmat yang ketka iu sedang dalam perjalanan menghantar bosnya ke hospital. Ariessa diam tidak terkata. Pelbagai andaian muncul di dalam fikirannya.
“Rilek Riessa….Zafriel tak apa-apa!” itulah yang dibisikkan oleh hatinya dan perlahan-lahan Ariessa menangis. Tiba-tiba sahaja dia rasa takut andai kehilangan lelaki itu dalam hidupnya! Jangan tinggalkan Riessa……rintihnya sayu……
…………………………………………………………………………………………………..
Ariessa berasa takut untuk melangkah masuk. Agak lama dia berada di luar, mama dan papanya sudah datang melawat Zafriel. Hanya dia yang terlewat….Itupun sebab meetingnya tidak boleh ditunda….
“Riessa…kenapa tak masuk lagi?” sapa Puan Sri Khadijah. Tiba-tiba sahaja mukanya terjengul di muka pintu.
“Ya Allah…budak ni! Yang kamu tercegat kat situ buat apa? Masuk cepat, nanti kamu pulak yang kena sakitnya!” suara mamanya pula tiba-tiba berbunyi. Ariessa tersenyum kelat. Jauh benar dia mneglamun rupanya……….
Perlahan-lahan kakinya menapak masuk ke rumah itu, terus menuju ke ruang tamu. Kelihatan papa dan papa mertuanya sedang asyik membelek akhbar.
“Zafriel kat bilik atas. Kamu pergilah jenguk dia tu….rasa-rasanya dia tengah tidur tu…..” kata Puan Sri Khadijah setelah melihat Ariessa hanya kaku di ruang tamu itu.
“Zafriel tak apa-apa kan mama?” Tanya Ariessa dan tiba-tib air matanya mengalir tiba-tiba. Kejap Puan Sri Khadijah dipeluknya.
“Yang kamu menangis ni kenapa? Dia tak apa-apa! Doktor kata dia demam biasa-biasa jea..kalau tak, manalah doctor bagi dia keluar wad hari ni jugak” pujuk mama mertuanya.
“Riessa ingatkan yang Zafriel dah…….Riessa tak sempat nak mintak maaf dengan dia…..” kendur bunyi suara Ariessa….
“Hisy..kamu ni..ada ke patut fikir macam tu! Zafriel tak apa-apa! Kalau tak percaya, pergi bilk dia, tengok keadaan dia tu macam mana!” pintas mamanya. Bimbang jugak Ariessa dengan keadaan Zafriel. Ingatkan tidak ambil kisah……
“Pergilah….” Papanya pula tiba-tiba menyampuk! Dan tiba-tiba sahaja Ariessa jadi segan! Pasti langkahnya akan menjadi perhatian!
…………………………………………………………………………………………………..Perlaha-lahan Ariessa membuka tombol pintu bilik Zafriel. Fuh, kemasnya bilik dia…, sempat lagi Ariessa memuji. Sesekali kedengaran suara lelaki itu terbatuk-batuk. Namun Ariessa tidak dapat melihat wajah Zafriel kerana lelaki itu menutupi seluruh badannya dengan selimut. Macam mayat pun ada……
Ariessa berjalan seperlahan yang mungkin. Tidak mahu Zafriel terganggu dengan kehadirannya tika itu. Biar lelaki itu berehat sepuasnya.
“Riessa……”sayup-sayup kedenran namanya dipanggil. Merememg bulu roma Ariessa. Siapa pula yang memanggilnya.
“Riessa………” diamati suara itu. Zafriel!!!! Adakah Zafriel tahu yang dia berada di dalam bilik itu. Zafriel yang sedang berbaring di atas katil dihampirinya.
“Riessa……” namanya dipanggil lagi. Tangan Ariessa perlahan-lahan menarik selimut yang menutupi muka Zafriel. Mata lelaki itu terpejam rapat. Mukanya sedikit merah. Lambat tangannya mendarat ke atas dahi Zafriel. Panas…!!!! Teruk jugak Zafriel demam. Ariessa berkira-kira sendiri.
“Riessa…..” panggilan Zafriel berbunyi lagi. Ariess kaget. Di saat sedang sakit, hanya nama dia yang disebut. Hatinya bagaikan digamit suatu rasa. Entahlah, dia sendiri tidak pasti. Perlahan-lahan tangannya dioangkat dari dahi Zafriel. Kakinya mula diatur untuk keluar dari bilik. Tiba-tiba…
“Riessa ke tu…..?” sapa suara Zafriel. Ariessa kaku di tempatnya. Entahlah, dia jadi lemah saat berdepan dengan Zafriel. Kenapa?
“Riessa….??????” Suara Zafriel bergema lagi. Ariessa pantas berpaling, mengadap muka suaminya. Lemah sungguh pandangan mata Zafriel….
“Hmmm..awak dah sedar ke?” sapa Ariessa. Perlahan-lahan kakinya menghampiri suaminya. Senyap! Tiada jawapan yang keluar dari mulut Zafriel. Anak matanya tajam menikam anak mata Ariessa. Kaget gadis itu seketika!
“Maaflah kalau saya ganggu awak rehat….” Ariessa bersuara lagi. Namun reaksi Zafriel tetap sama. Diam dan diam…..
“Takpelah….saya keluar dulu ya…awak rehatlah….” Pinta Ariessa.Dia kemudiannya memesingkan badannya kea rah pintu. Entahlah lain benar rasanya berhadapan dengan Zafriel di saat-saat seperti itu.
“Terima kasih kerana sudi datang jenguk saya……..” Suara Zafriel mula bergema setelah agak lama mendiamkan diri. Ariessa memalingkan ukanya semula ke arah Zafriel. Lelaki itu dilihat cuba untuk bangun. Namun cepat-cepat Ariessa menahannya.
“Eh, awak kan sakit? Awak nak bangun pergi mana ni?” Tanya Ariessa. Sebelah tangan menekan bahu Zafriel daripada cuba bangun.
“Tak…saya nak pergi bilik air..perut saya ni rasa nak termuntah!” kata Zafriel. Rasa pening di kepalanya cuba ditahan. Digagahkan badannya untuk bangun. Ariessa semakin gusar! Zafriel memang jarang sakit! Tetapi..kalau time dia sakit, memang teruk! Berhari-hari tidak pergi sekolah gara-gara demam…..!!!!
“Biar saya papah awak ke bilik air, nanti takut awak tergelincir pulak! Dahlah kepala awak tu pening…!!!!” Ariessa menawarkan pertolongan. Zafriel pantas mengelengkan kepala….
“Takpe..saya boleh pergi sendiri…Awak baliklah…banyak lagi kerja kat pejabat tu……”pintas Zafriel. Dia sebolehnya tidak mahu menyusahkan isterinya itu. Biarlah dia pergi sendiri….
“Awak ni egolah…!!! Kalau dah sakit, buatlah cara sakit..!!!! Maruah awak jatuh ke kalau saya tolong papah awak ke bilik air masa awak sakit?” balas Ariessa. Hatinya kembali radang dengan sikap Zafriel itu. Hendak berlagak tak bertempat! Namun Zafriel hanya ketawa. Dia bukannya apa, cuma sekadar tidak mau menyusahkan Ariessa sahaja! Siapa yang tidak suka kalau dijaga oleh isteri semasa sakit? Namun dia tidak mahu berharap! Kesudian Ariessa menjenguknya itu pun sudah cukup membuatkan dia rasa sihat dan bersemangat!
“Saya tak nak susahkan awak jea……” kata Zafriel. Dia cuba untuk berdiri tegak, namun dirasakan biliknya itu sedikit bergoyang, pantas tangannya berpaut pada bahu Ariessa.
“Awak tak susahkan saya pun…ingat tu....!!!” jawab Ariessa. Badannya disandarkan pada badan Zafriel, untuk memudahkan lelaki itu berdiri tegak. Kemudian perlahan-lahan dia memapah Zafriel ke bilik air.
“Banyak ke awak makan sotong?” Tanya Ariessa setelah Zafriel berbaring di atas katil. Zafriel hanya diam……
“Awak mana boleh makan sotong? Takkan awak tak ingat, kalau awak makan sotong, awak akan kena demam? Dah lupa? Kan masa kecil dulu awak selalu jea demam kalau makan sotong…..?” Geram Ariessa dengan sikap Zafriel. Langsung tidak ambil kisah tentang kesihatannya.
“Dah diorang belanja…takkan saya nak tolak…..?” balas Zafriel. Ralit dia memerhatikan wajah Ariessa. Basah lencun baju isterinya itu gara-gara terkena air semasa membersihkan muntahnya…
“Eiii…awak ni….” Ariessa mula kehilangan kata-kata. Baru teringat yang orang sakit mana boleh dileteri, nanti makin melarat sakitnya!
“Macam mak nenek la awak ni…..” sampuk Zafriel sambil ketawa. Lucu dengan sikap Ariessa yang agak kalut itu.
“Ubat awak mana? Dah makan…..?”
“Belum....Ahh, saya bukannya suka sangat telan ubat!” Zafriel manarik muka masam. Memang dia anti dengan ubat.! Pahit..!!!!!
“Perangai awak ni tak berubah-ubah! Siap la awak kalau awak tak makan ubat nanti!” Ariessa terus-menerus berleter tanpa menyedari Zafriel yang hanya tersenyum gembira.
“Awak dah makan?” Tanya Ariessa lagi. Rasa macam layan budak-budak pulak dengan Zafriel ni! Getus hati Ariessa.
“Takde selera nak makan……”
“Mana boleh…awak kena makan! Kalau tak macam mana nak telan ubat?”
“Sebab saya tak nak telan ubatlah saya tak nak makan…Tadi mama pun dah paksa....!”
“Tak boleh! Awak mesti makan…..kalau tak, tahulah nasib awak lepas ni..!!!” Ariessa mula mengugut. Sama seperti yang Zafriel lakukan padanya semasa dia enggan makan! Baru dia tahu apa perasaan bila kena paksa…..

3 comments:

  1. amboi garang betol ariessa jg zaf....
    suker kalu diorg berbaik...

    ReplyDelete
  2. nak balas dendam sebenarnyer......
    hehehehe....

    ReplyDelete