Saturday, January 17, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 35

“Please…sayang suapkan abang…” Zafriel masih lagi merengek manja. Rimas Ariessa dibuatnya. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia keluar dari bilik Zafriel. Tapi mengenangkan yang lelaki itu sakit. Takpe, disabarkan hatinya. Orang sakit ini sensitive! Pantang kemahuannya tidak diikuti…mahu tak sembuh!
“Yalah…yalah……! Tapi awak kena habiskan semuanya, kalau tak….
“OK Madam…..confirm saya habiskan semua! Kalau tak cukup, dengan pinggan-pinggan sekali saya sumbat dalam perut!” balas Zafriel sambil tersenyum gembira kerana permintaannya dipenuhi! Terima kasih, sayang……..dan sempat Zafriel mencuit hidung isterinya tanpa sempat Ariessa mengelak.
“Gatal ya awak ni……” balas Ariessa sambil mencubit lengan Zafriel. Tapi lelaki itu hanya ketawa. Hatinya sungguh gembira, Kalau begitu, sakit seumur hidup pun dia sanggup!
“Adoiiii…!!!! Mama….Zafriel kena sepit dengan mak ketam…!” laung Zafriel tiba-tiba. Pantas Ariessa menekup mulut Zafriel dengan tangannya. Tindakan drastic yang tidak disengajakannya. Terkesima dia sebentar! Pantas tangannya digenggam oleh Zafriel dan satu ciuman hinggap di belakang tapak tangannya……
“Teima kasih kerana menceriakan hari abang hari ini……”
“Kenapa ni…..?!!!” tiba-tiba kedengaran suara Puan Sri Khadijah di dalam bilik itu, tanpa sempat Ariessa menarik tangannya dari genggaman Zafriel. Masing-masing kaget dengan kehadiran Puan Sri Khadiajh yang tiba-tiba.
“Oppss…….” Puan Sri Kadijah menekup mulutnya. Faham bahawa masanya tidak sesuai untuk dia masuk ke dalam bilik anaknya itu. Pantas sahaja dia berlalu keluar dari bilik Zafriel dengan senyuman yang meleret yang di bibirnya. Positif...!!!!!
Perlahan-lahan Zafriel melepaskan tangan isterinya itu. Merah muka Ariessa usah dikata dengan kehadiran mama mertuanya. Pasti mereka berdua akan menjadi umpatan!
“Awak ni sengaja nak buat saya malu tau…!!!!!” marah Ariessa. Masam mukanya memandang Zafriel walaupun hatinya tika itu sedang berbunga bahagia di saat Zafriel mengucup tangannya. Dapat dirasakan kasih sayang lelaki itu terhadapnya........
“Cepatlah..abang dah lapar ni…” rengek Zafriel. Wajah Ariessa yang masam mencuka dipandang! Agak lama wanita itu mendiamkan diri. Entah apa yang difikirkan, Zafriel sendiri tidak tahu….
“Sayang……………”
“Eeiiii..awak ni ngada-ngada betullah! Tadi kata tak nak makan…sekarang macam orang yang kebulur pulak!” sampuk Ariessa. Kadang-kadang sikap Zafriel memang tidak boleh dijangka. Sejak kecil macam tu…kalau dia merajuk, dua tiga pujuk pun memang tak jalan…dan kalau dia hendakkan sesuatu….pasti direngekkannya sampai dapat! Perangai tak matang langsung….!!!!!
“Takpelah kalau tak nak suapkan…saya pun dah kenyang….” Suara Zafrie seakan-akan merajuk. Dia mula membaringkan badannya ke katil semula. Tiada riak muka yang gembira. Tiada lagi suasana yang gembira. Ariessa tersenyum kelat. Memang sudah diagak perangai Zafriel!
“Yalah......nanti saya ambikkan nasi awak kat dapur! Awak tunggu kejap”
Pantas Ariessa bangkit dari katil Zafriel. Meluat dia melihat Zafriel yang kemudiannya bangun dan menyandarkan kepalanya di katil dan memandangnya sambil tersenyum……Sebijik macam budak-budak! Memang sakit jiwa betullah kerja jururawat kalau dapat pesakit macam Zafriel....
…………………………………………………………………………………………………................
Ariessa melangkahkan kakinya perlahan-lahan turun ke ruang makan. Rasa segan mula bertandang. Malu untuk menatap muka mama mertuanya itu. Pasti mereka semua akan mengetawakannya……
“Romantik betul mereka berdua tu..siap cium tangan lagi……” dan serentak dengan itu ruang tamu itu bergema dengan ketawa…Suka betul nampaknya!
Alamak…..??!?!!!!!! Ariessa menelan air liur! Jelas di pendengaran telinganya yang mama mertuanya sedang menjaja cerita! Breaking news!!! Adoiiii..mana nak sorok muka ni? Ariessa menggarukan kepalanya yang tidak gatal! Malunya….!!!!!
“Hairan jugak Katty…depan kita diorang berdua tu macam……
“Diorang tu malu dengan kita sebenarnya….tu sebab jadi macam tu….” Sampuk Datin Sharifah. Begitu jelas Ariessa dapat mendengar suara mamanya itu. Hmm..sekarang mamanya pulak yang menambah perisa dan perasa. Kedua-dua papanya hanya tumpang ketawa!
“Hmmm..boleh tahan jugak diorang ni bergosip. Ingatkan orang muda jea suka bergosip…Bergosip pasal anak sendiri pulak tu” getus hati Ariessa. Macam mana ni? Dia betu-betul buntu akal! Hendak atau tidak dia memang terpaksa melalui ruang tamu itu untuk ke ruang makan…..
"Kang lambat ambil nasi kat dapur, merajuk pulak pak cik kat atas tu...Ah, lantaklah..!!!! Langgar jea..buat-buat tak dengar!" tekad Ariessa dan perlahan-lahan kakinya melangkah menuruni anak tangga yag terakhir....Nafasnya ditarik sepangjang-panjangnya...........

4 comments:

  1. suke2.
    agagag.
    dowang dh beromantik
    agagag.sweet ah.
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. so sweeet...
    xsbar nk thu smbngan cte nie...
    best sgt...

    ReplyDelete
  3. ayooo..banyak suke ini citer..cepat sambung yerr....romantiknya mereka berdua tu..

    ReplyDelete
  4. hahahhahaa...
    sweet bangat dorang nieh..
    klako tol parent dorang nieh,,
    ngumpat pasal ank senyry..
    hehhee...
    ske2..
    nk lgi,,nk lgi..

    ReplyDelete