Monday, January 19, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 38

Hati Ariessa menangis semahu-mahunya. Bodoh!!!! Kau memang bodoh Ariessa…!!!!! Zafriel kahwin dengan kau sebab papa, ingat tu!, jiwanya menjerit.
“Eh? Kamu nak ke mana ni?” sapa Puan Sri Khadijah. Hairan melihat Ariessa turun ke ruang tamu dengan membawa tas tangannya. Macam hendak balik saja lagaknya. Dato; Iqbal dan Datin Sharifah sudah pulang beberapa minit lalu. Namun tidak diberitahu kepada Ariessa.
“ Riessa dah nak balik ke?” Tanya Tan Sri Adnan. Lama wajah menantunya itu dipandang! Ada masalah ke?
“Hmm…rasanya dah lama Riessa kat sini…..”
“La…apa salahnya? Riessa nak duduk kat sini terus pun lagi elok, kan papanya?” balas Puan Sri Khadijah. Tan Sri Adnan lantas ketawa. Bagai mengiyakan kata-kata isterinya itu.
“Zafril buat apa kat bilik tu?” Ariessa hanya diam. Soalan daripada mama mertuanya tidak bersahut. Zafriel? Ah, pedulikan lelaki itu! Jerit hati Ariessa.
“Riessa…kenapa ni…..?”
“Hah…………Ya, mama?” soal Ariessa. Entah kemanalah fikirannya melayang tadi.
“Kamu ada masalah ke?”
“Tak……..”
“Habis tu….???”
“Hah,,kenapa mama?” Ariessa keliru! Sungguh dia tidak mampu untuk menutup rasa hatinya yang kecewa.
“Pelik jea papa tengok kamu ni Riessa…?” sampuk Tan Sri Adnan. Ariessa yang sedang berdiri di ruang tamu ditatapnya. Lama. Anak matanya perasan keadaan menantunya yang bagaikan diburu resah! Kenapa?
“Zafriel dah tahu yang kamu nak balik?” Tanya Puan Sri Khadijah. Gerak hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak beres antara menantu dengan anaknya itu!
“Dah……….”
“Habis tu……?
“Mama..dah dua kali mama tanya Riessa soalan yang sama…? Ariessa buat-buat ketawa. Namun, Puan Sri Khadijah bukanlah “buta mata” untuk melihat kelainan di wajah dan reaksi Ariessa. Zafriel….!!!!!!! Geram bertandang terhadap anak lelakinya itu. Bilalah hendak berubah?
“Riessa balik dululah ya..mama..papa…” pinta Ariessa. Tangan kedua-dua mertuanya disalami. Setelah itu dia terus berlalu dari situ. Laju sahaja keretanya berlalu meninggalkan perkarangan rumah banglo itu tanpa menyedari Zafriel mengintai di balik tingkap. Jangan pergi………!!!! Jerit Zafriel di ruang hatinya yang lara.
“Apa nak jadilah dengan budak berdua ni?” berkumandang suara Puan Sri Khadijah takkala kelibat Ariessa menghilang di ruang tamu. Tan Sri Adnan hanya diam, malas hendak berkata apa-apa….
……………………………………………………………………………………………….
“Takde faedahnya kamu mengintai kat tingkap tu…..!!” jelas di pendengaran Zafriel suara mamanya. Terkejut pun ada! Tiba-tiba sahaja mamanya ini!
“Mama…”sapanya lemah. Kakinya dilangkahkan semula ke arah katil.
“Eeii…mama tak fahamlah dengan korang berdua ni!”
“Kenapa mama…? Tak faham Zafriel?
“Kamu ni Zafriel, memang tak faham atau sengaja buat-buat tak faham”? sindir Puan Sri Khadijah.
“Apa pulak mama…???”
“Hah…! Ni sorang lagi! Suka sangat main tarik tali…Memang sepadan sangatlah kamu dengan Ariessa tu……” Puan Sri Khadijah mula membebel.
“Kenapa dengan kami, mama?” Tanya Zafriel. Dia betul-betul tidak memahami maksud percakapan mamanya itu.
“Eeeii…sakitnya hati mama cakap dengan kamu ni!” Puan Sari Khadijah mula angkat kaki dari bilik Zafriel. Sampai bilalah hendak selesai masalah kalau masing-masing buat-buat tidak mengerti?

4 comments:

  1. beshh..
    mslh hati tol dorang nieh..
    hihi..
    nk lgi,,nk lgi..

    ReplyDelete
  2. arghhh.
    dua-dua xnak luahkan.
    pe nie.
    cum ne nak tau antara satu sama len.
    agagaga.
    suke2
    smbung2
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. eii..geram tul dgn diorg berdua ni..egonya menggungung..knp pendek sgt ni??

    ReplyDelete