Tuesday, January 20, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 40

Panggilan telefon mematikan lamunan Ariessa pantas diangkat panggilan itu. Pastinya Munirah!
“Ya..ya…awak mintak En. Hafiz tunggu kejap lagi. Traffic jam sekarang ni” Talian dimatikan. Ariessa semakin diburu rasa bersalah. Pasti masam muka lelaki itu nanti. Memang diketahui sikap En Hafiz yang tidak suka melengah-lengahkan masa, tambahan pula kalau berkaitan dengan kerja. Punctual is the first stage of success! Itulah prinsip lelaki itu!
Akhirnya lampu merah mula bertukar. Semakin laju Ariessa memandu keretanya.
“Tak reti bawak kereta agaknya!” Sempat Ariessa memarahi pemandu yang memandu kereta Proton Waja berwarna silver yang kelihatan hampir terbabas melanggar punggung keretanya. Dia tidak dapat melihat dengan jelas pemandu kereta itu, tetapi lagak pemanduannya macam sengaja cari nahas. Kalau bahayakan diri sendiri takpelah, ni nak libatkan orang lain pulak!, Tidak habis- habis Ariessa berleter. Sampai di suatu selekoh, Ariessa membelokkan keretanya ke arah kanan. Dia mengeluh lega kerana jalan itu tidak terlalu sesak dengan kenderaan lain. Namun dia sedikit hairan, Proton Waja itu juga turut membelok ke arah kanan. Rasa tidak sedap hati mula bertandang, namun cepat-cepat diusir pergi! Bukannya jalan itu hanya boleh dilalui olehnya! Fikir Ariessa. Dinaikkan volume suara radio keretanya apabila suara Fara Fauzana di Hot FM mula kedengaran. Terhibur hatinya dengan celoteh wanita itu. Sesekali dikerling cermin pandang kanan keretanya. Proton Waja itu masih mengekori di belakang keretanya. Ariessa kembali diterpa kehairanan. Rasanya sudah banyak peluang diberi kepada pemandu Proton Waja itu untuk memintasnya tetapi kereta itu tetap di pandu di belakangnya. Ariessa mula berasa bimbang. Kenapa? Di amati dua orang lelaki yang menaiki Proton Waja itu, tetapi dia gagal mengenali siapa pemandunya. Ariessa memperlahankan keretanya dan tiba-tiba pemandu kereta Proton Waja itu turut memperlahankan keretanya. Sah! Dia memang diekori! Tapi kenapa?
Peluh mula merintik di seluruh badannya. Memang pemandu kereta Proton Waja itu mengekorinya! Dia memang tidak silap! Berbagai-bagai andaian mula muncul di kotak fikirannya. Rompakan? Penculikan? Pembunuhan? Rogol? Semua itu bersatu dalam fikiran Ariessa. Tangannya mula terketar-ketar, hilang konsentrasinya untuk memandu.Apa yang perlu diulakukannya jika kereta itu berhenti mengejut di hadapannya? Jika dia menjerit meminta tolong, adakah orang yang akan membantunya? Tiba-tiba telefonnya berbunyi!

2 comments:

  1. weeyyhh..
    sape yg ekot riessa uh???
    nie yg suspen nih...

    smbung2...

    ReplyDelete
  2. warghhhhhhhhhhhhhhhhhh.
    suspen nye.
    agagaga.
    gempakzzzz ah.smbung2
    suke2.
    -na'dz

    ReplyDelete