Tuesday, January 20, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 42

“Riessa, bangun sayang…Kita dah sampai rumah” suara Zafriel mengejutkan Ariessa yang terlena. Terpisat-pisat dia membuka mata. Silau rasanya, kemudian matanya dipejamkan kembali. Suara Zafriel yang galak ketawa mula berkumandang di dalam keretanya.
“Aduh…liat sungguh isteri abang ni nak bangun ya”, usik Zafriel. Dikuis-kuis pipi isterinya itu dan tidak cukup dengan itu, bibir Ariessa dikucupnya. Serta merta Ariessa membuka matanya luas-luas, terperanjat dengan tindakan drastic Zafriel yang tidak disangka-sangka. Rasa geramnya mula bertandang! Zafriel sentiasa sahaja mengambil kesempatan terhadapnya.
“Ooo, baru abang tahu, isteri abang ni kena cium dulu baru boleh bangun tidur” galak suara Zafriel kedengaran. Wajah Ariessa yang masam mencuka direnungnya.
“Awak ni memang suka ambik kesempatan! Boleh tak jaga sifat gatal awak tu. Cium orang ikut sedap mulut awak jea…!!!!?” sembur Ariessa. Dia memang tidak suka diperlakukan begitu oleh Zafriel, walaupun lelaki itu halal untuk berbuat demikian. Zafriel hanya tersengih.
“Dah datang balik angin putting beliung dia ni..” bisik hati kecil Zafriel. Tadi ok pulak bila isterinya itu dipeluk dan dicium. Sekarang, pantang tersentuh sedikit, mengamuk bapak naga! Boleh rentung kalau kena sembur dengan api dari mulutnya tu!
“Apa yang awak sengih-sengih tu? Lucu ke saya cakap macam tu? Tanya Ariessa. Sakit hati melihat senyuman Zafriel yang lebarnya sampai ke telinga. Macam menggoda sangat kalau senyum macam tu, rengus Ariessa geram.
“Thanks you sebab hantar saya balik rumah. So, awak bolehlah balik semula ke pejabat. Tak elok kalau bos ponteng kerja!” Sebaik sahaja Ariessa menghabiskan kata-katanya, ketawa Zafriel meledak tiba-tiba.
“Rumah awak? I think you’re dreamed, sayang…Look, welcome to my house, darling! Welcome to you..!” semakin galak suara ketawa Zafriel bergema.
Ariessa membeliakkan matanya apabila mendengar kata-kata suaminya saat itu. Apa maksud Zafriel? Pantas anak matanya meliar memandang ke kawasan sekeliling. Bukan rumahnya, tapi rumah siapa? Zafriel?
“What do you mean? Why bawak saya balik ke sini? Saya nak awak bawak saya balik ke rumah saya sekarang jugak! Saya boleh buat dakwaan yang awak telah melarikan saya tau!” ugut Ariessa. Entah apa lagi yang terkeluar dari mulutnya. Dia betul-betul tidak sangka akan dipermainkan oleh Zafriel. Lelaki itu memang suka ambil kesempatan di atas kecuaian dan kelalaiannya!
“Dah too late nak bawak sayang balik ke rumah sekarang! Tengok siapa yang sambut kita sekarang ni. Tadi awak jugak yang setuju bila saya ajak balik rumah ni.." jawab Zafriel sambil ibu jarinya ditunjukkan ke hadapan. Ariessa turut memandang. Dilihat mama mertuanya, Puan Sri Khadijah laju berjalan ke arah mereka. Masak! Dia sudah tidak boleh berpatah balik lagi buat masa sekarang ni. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Zafriel yang tersenyum manis. Menyindir dialah tu…, bisik hati Ariessa lagi.Takpe, siaplah lepas ni! Aku kenakan kau balik! Ariessa menyimpan dendam!
“Let’s go, mama dah lama tunggu tu! Kita masuk rehat dalam rumah ya, please my lovely princess….”ajak Zafriel, dia mula keluar dari perut kereta. Hanya tinggal Ariessa yang masih lagi serba salah untuk keluar. Bukan dia tidak mahu berjumpa dengan mama mertuanya tetapi, yang sebenarnya hati dia masih lagi sakit mengenangkan Zafriel yang mempermain-mainkannya. Argh…kalau pun lelaki itu hendak membawanya balik ke rumah itu, sekurang-kurangnya beritahulah dia dahulu. Malunya pada mama mertuanya itu. Sudahlah datang tanpa membawa buah tangan! Nanti apa pula kata mama mertuanya tentang sikapnya itu? Huh..semua ni Zafriel yang punya pasal.
“Patutlah mama rasa seronok sangat, rupanya puteri mama nak datang hari ni” Tersentuh hati Ariessa mendengar kata mama mertuanya. Mereka berpelukan seketika, erat. Zafriel hanya sekadar memerhati. Nasib baik Ariessa tak buat perangai, Zafriel mengeluh lega.
“Maaf mama, Riessa tak bawak apa-apa pun untuk mama”
“Eh, tak payah bawak apa-apa. Riessa datang pun mama dah cukup bersyukur. Jom kita masuk ke dalam” pelawa Puan Sri Khadijah. Ceria wajahnya menatap muka menantunya yang tiba-tiba muncul di rumahnya. Kenapa ya? Adakah mereka berdua sudah berbaik? Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran Puan Sri Khadijah.
“Riessa mimpi apa ya datang rumah mama hari ni?” Tanya Puan Sri Khadijah. Ariessa duduk berdekatan dengannya di sofa. Manakala Zafriel masih berada di garaj kereta, mengelap keretanya yang terkeni percikan lumpur semasa berkejar ke tempat Ariessa di The Mines.
“Mama macam tak suka jea Riessa datang sini?” balas Ariessa kembali. Berpura-pura merajuk, sengaja dia ingin mengusik mama mertuanya. Sekeliling rumah itu diperhatikannya. Sunyi. Papa mertuanya, Tan Sri Adnan belum balik dari pejabat.
“Mama suka Riessa datang sini. Nak tinggal kat sini pun takpe, lagilah mama suka!” Puan Sri Sharifah sebenarnya ingin mengorek rahsia. Mama suka, tapi Zafriel…??? Detik hati Ariessa.
Puan Sri Khadijah menduga sendiri. Sikap Zafriel dan Ariessa agak berlainan hari itu. Macam ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Adakah ianya adalah berita baik yang mereka harapkan selama ini? Kalaulah betul, syukur pada ALLAH!
“Riessa memang liat nak datang sini mama, tadi pun Zafriel yang paksa. Baru dia nak datang! Kalau tak……” Zafriel menyampuk perbualan mereka berdua tiba-tiba.
“Zafriel……..” tegur Puan Sri Khadijah. Dia perasan air muka Ariessa mula berubah dengan sindiran anak lelakinya itu. Zafriel memang tidak sayang mulut kalau bercakap!
Ariessa terdiam. Bungkam dengan kata-kata suaminya sebentar tadi. Sungguh, dia berasa malu untuk memandang wajah mamanya. Lengan Zafriel dicubit takkala lelaki itu mengahmpirinya. Begitu dekat lelaki itu duduk bersebelahan dengannya hingga bahu mereka bersentuhan. Ariessa mula berasa tidak selesa! Zafriel pula seronok mengambil kesempatan! Berbara hatinya!
“Alah…Zafriel gurau jea mama” pintas Zafriel, mula menyedari kelancangan mulutnya. Janganlah isterinya itu mengamuk, sudahlah dibawa ke rumah itu bukan dengan kerelaan, nanti lain pula yang jadinya. Bahu Ariessa dipeluk, sesekali tangannya merayap masuk ke dalam tudung isterinys itu. Membelai-belai lembut tengkuk Ariessa, tahan geli juga isterinya itu. Ariessa langsung tidak berkutik, lagi seronok dia melakukannya. Puan Sri Khadijah berpura-pura tidak melihat adegan yang berlangsung di depan matanya walaupun dalam hatinya tersenyum senang. Reaksi positif!
“Boleh tak awak alihkan tangan awak tangan tu? Malu sikit depan mama!” bisik Ariessa. Tajam matanya memandang wajah Zafriel yang hanya tersenyum. Suaminya itu memang tidak tahu malu langsung! Namun Zafriel buat-buat tidak dengar dengan kata-kata Ariessa. Sesekali dia tersenyum sambil memandang wajah isterinya yang sudah kelihatan bengang dengan tindakannya. Biarkan! Sebenarnya dia sekadar ingin menduga sejauh mana Ariessa berani melawan tindakannya. Ariessa mula merengus geram.
“Sebenarnya, mama masih hairan, kenapa kamu berdua boleh datang sini sama-sama? Ada sesuatu yang mama perlu tahu ke? usik Puan Sri Khadijah, sekadar ingin menghilangkan resah yang jelas terbayang di raut wajah Ariessa dengan kelakuan anak lelakinya.
Erkkk….???? Ariessa terkedu seketika…..

3 comments:

  1. ngeeee...
    gatal bebeno zafriel nieh..
    dpan mama dye pon bley wat cmtuh..
    heehhe...

    nk lgi,,nk lgi...
    beshh...

    ReplyDelete
  2. agagag.xley blah lah.
    depan mama die pon tangan merayap.
    xreti dok diam.
    agagagag.
    suke2.
    sweet.
    smbung2,
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. blh than gtal zafriel nie...
    dpan mama dia pn blh g bt cam 2...
    sbar je lah...

    ReplyDelete