Tuesday, January 20, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 43

Petang itu Ariessa dikejutkan dengan kehadiran mama dan papanya ke rumah mertuanya. Ketika itu dia sedang asyik berehat di taman bersama dengan mama dan papa mertuanya. Zafriel, suaminya entah ke mana. Ah, dia pun tidak kisah ke mana lelaki itu pergi. Bagus juga kalau suaminya itu tidak ada, amanlah sedikit hidupnya. Kalau tidak 24 jam lelaki itu mengacaunya. Lama-lama boleh jadi gila kalau macam tu.
“Riessa! Apa yang berlaku sebenarnya?” tiba-tiba sahaja mama dan papanya muncul dengan pertanyaan yang sebegitu rupa. Bukan dia sahaja yang terkejut, bahkan mama dan papa mertuanya turut terkejut sama! Apa tidaknya, tiba-tiba jea mereka berdua muncul di taman yang berdekatan kolam renang itu. Hampir saja tersembur jus oren yang diminum oleh Ariessa.
“Mama…papa….!!”
“Ya Allah..., Sherry…Iqbal, bila masa pulak kamu datang ke sini?” Tanya Tan Sri Adnan. Isterinya, Puan Sri Khadijah turut sama hairan melihat mereka berdua muncul tiba-tiba. Biasanya, mereka akan beritahu terlebih dahulu kalau hendak datang bertandang. Namun, pertannyaan iti tidak dijawab, bahkan Datin Sharifah pantas meluru ke arah Ariessa yang sudah bangkit dari kerusi yang didudukinya sejak tadi.
“Kamu tak apa-apa ke, Riessa?” Tanya Datin Sharifah. Ariessa dipandang dari atas ke bawah berulang-ulang kali. Rasa resah jelas terbayang di wajahnya.
“Mama...Riessa tak apa-apa”
“Awak ni risau tak bertempat! Tengok si Riessa ni, ok jea! Bukannya ada cedera kat mana-mana” tegur Dato’ Iqbal. Walaupun dia sendiri turut merasa bimbang takkala menerima panggilan daripada Zafriel yang memberitahu tentang peristiwa yang berlaku ke atas anaknya, Ariessa.
“Eh, apa yang kamu berdua cakap ni? Apa yang berlaku sebenarnya?” Tanya Tan Sri Adnan. Entah apa yang dikalutkan oleh pasangan suami isteri itu, dia sendiri tidak tahu! Riesaa”, soalan Tan Sri Adnan beralih ke arah Ariessa yang tersenyum kelat memandangnya. Puan Sri Khadijah juga mula kelihatan kaget dengan situasi yang berlaku itu.
“Sherry, apa sebenarnya yang berlaku ni? Riessa dan Zafriel takde cakap apa-apa pun kat kami?” Puan Sri Khadijah mula menyampuk. Ariessa kelihatan serba salah. Kenapalah Zafriel tidak boleh simpan rahsia? Kalau tidak, taklah mereka semua bimbang. Sekarang sudah jadi kalut!
“Takkan kamu tak tahu Katty? Tadi Zafrieal hubungi kami, dia cakap ada orang ekori kereta Riessa, sampai nak langgar-langgar kereta dia. Sebab tu kami terus datang sini, bila Zafriel cakap dia dah bawak Riessa balik ke runah ni”
“Apa…?!!!!” bergema suara Puan Sri Khadijah tika itu. Tan Sri Adnan juga turut terkejut sama.
“Kenapa Riess tak bagitahu mama dan papa pasal hal ni?” soal Puan Sri Khadijah. Kini semua mata terarah kepada Ariessa. Ariessa terduduk di atas kerusi yang didudukinya tadi. Mama dan papanya juga turut mengambil tempat di kerusi yang masih kosong itu.
“Er..er.., sebenarnya Riessa tak nak buat mama dan papa semua bimbang. Sebab tu Riessa suruh Zafriel rahsiakan perkara ni. Tapi tak tahu pulak yang Zafriel dah cakap kat mama dan papa….” Jawab Ariessa takut-takut. Dia disoal bagaikan pesalah. Sekejap dia terperasan wajah kedua-dua mamanya yang jelas tidak senang dengan kata-katanya itu.
“Kenapa Riessa buat macam ni? Riessa tahu tak, ni bukannya perkara yang boleh dibuat main-main! Kalau apa-apa yang berlaku pada Riessa tadi macam mana?” suara Datin Sharifah berkumandang kembali. Amarahnya menyala dengan tindakan anaknya itu. Ariessa hanya tunduk memandang rumput karpet yang ditanam di sekeliling taman itu. Tidak berani dia hendak menatap pandangan kedua-dua mamanya itu.
“Dahlah tu, buat apa nak marah dia? Dia buat macam tu sebab tak nak kita semua bimbang” tegur Tan Sri Adnan setelah lama berdiam diri. Kasihan dia apabila melihat Ariessa diserang oleh kedua-dua mamanya itu. Orang perempuan, kalutnya tidak bertempat.
“Betul kata Adi tu, perkara dah berlaku, kita tak boleh mengubahnya” Dato’ Iqbal pula menyambung kata. Dia memang sependapat dengan sahabatnya itu.
“Habis..sekarang ni macam mana bang? Bimbang saya macam ni”
“Nak bimbang apanya? Zafriel kan ada…dia boleh tengok-tengokkan Riessa” sampuk Dato’ Iqbal.
“Assalamualaikum…….”
Suara Zafriel tiba-tiba menyapa mereka yang berada di situ. Senyap sunyi suasana yang gawat sebelum kehadiran Zafriel di situ. Zafriel menghampiri mereka semua yang kelihatan agak tegang terutama kedua-dua mamanya. Manakala Ariessa langsung tidak menoleh ke arahnya, hanya tunduk memandang rumput. Kenapa agknya?
“Bila mama dan papa sampai? Tak bagitahu pun nak datang? Sapa Zafriel. Tangan kedua-dua mama dan papanya disalami. Bungkusan plastic yang berisi kuih diletakkan di atas meja. Sempat dia mengerling ke arah isterinya yang langsung tidak berkutik duduknya.
“Senyap jea? Ada apa-apa ke? Tanya Zafriel, walaupun dia dapat mengagak apa yang dibincangkan. Mesti pasal Ariessa tadi, tambahan pula mama dan papa mertuanya turut sama berada di situ.
“Apa sebenarnya yang dah jadi Zafriel? Betul ke ada orang ikut Riessa tadi?” tanya Puan Sri Khadijah. Dia memang tidak puas hati kerana mereka berdua merahsiakan hal itu daripada pengetahuannya.
Zafriel menguak rambutnya yang ditiup angin. Nafasnya dilepaskan perlahan-lahan. Satu-persatu wajah di hadapannya dipandang dan akhir sekali pandangannya jatuh kea rah isterinya. Pasti Ariessa akan marahkannya!
“Memang tadi ada orang ikut kereta Riessa, tapi mungkin orang tu saja nak main-main kot!”
“Main-main apanya? Mama tak fikir macam tu! Mesti ada orang yang berniat tak baik pada Riessa, Zafriel kena hati-hati!” sampuk Puan Sri Khadijah. Dia mula tidak senang duduk dengan perkhabaran yang baru diterimanya.
“Mama jangan risaulah, mungkin betul kata Zafriel, orang tu saja nak main-main kot. Lagipun baru sekali jadi macam ni…Riessa tahulah nak buat apa lepas ni” balas Ariessa setelah lama mendiamkan diri. Kedua-dua papanya dipandang untuk meminta sokongan.
“Kalau orang tu ikut Riessa lagi macam mana?”
“Zafrielkan ada…dia boleh jaga Riessa!” cepat-cepat Ariessa menjawab dan ternyata kata-katanya itu mengejutkan bukan sahaja Zafriel tetapi kedua-dua mama dan papanya. Takkala menyedari ketersasulannya berkata, Ariessa menekup mulutnya. Dia terkesan senyuman di bibir Zafriel. Malunya, bisik hati Ariessa.
“Mama dan papa jangan risau, saya dah upah seseorang untuk jaga keselamatan Riessa......”
“Maksud Zafriel?” Tanya Tan Sri Adnan, dia tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Zafriel sebentar tadi.
“Sebenarnya tadi Zafriel keluar jumpa kawan Zafriel, dia ni pernah jadi bodyguard untuk orang kenamaan. Jadi Zafriel upah dia untuk kawal keselamatan Riessa buat sementara waktu ni. Jadi, kalau Riessa berada di luar kawasan rumah, keselamatan Riessa akan dilindungi. Dia akan ikut ke mana sahaja Riessa pergi 24 jam”
Areissa tersentak. Begitu sekali Zafriel bimbangkan keselamatannya hingga sanggup mengupah pegawal keselamatan untuknya. Dia betul-betul rasa terharu dengan keprihatinan lelaki itu. Tapi mungkin kerana lelaki itu merasa bertanggungjawab. Cinta…..???? Entahlah…..dia sendiri tidak mengerti……
“Terima kasih….” Kedengaran suara Ariessa walaupun agak perlahan. Zafriel bergerak menghampiri isterinya itu.
“Riessa jangan bimbang, abang akan lakukan apa sahaja untuk keselamatan Riessa. Itukan dah tanngunjawab abang…..” kata Zafriel. Bahu isterinya itu dipeluk kemas dan Ariessa hanya membiarkan sahaja. Atas dasar tanggungjawab……Ariessa mengeluh lagi!
“Dah dah..tak usah bincangkan lagi hal ni! Anggap jea hal ni dah settle....” sampuk Dato’ Iqbal.
“Hmm, jarang benar kita semua dapat berkumpul macam ni, jadi baik kita manfaatkan peluang yang ada ni” giliran Tan Sri Adnan pula yang menyambung kata-kata Dato’ Iqbal. Dia sebenarnya berasa gembira dengan apa yang berlaku. Yakin bahawa hubungan Ariessa dengan Zafriel dapat dibaikkan tidak lama lagi. Dia benar-benar yakin! Ah, manusia hanya tahu merancang, tetapi rupa-rupanya perancangan ALLAH adalah yang terbaik! Cuma, ego mereka yang menjadi penghalang!
“Baiklah mama pegang kata-kata Zafriel, tapi kalau apa-apa yang berlaku pada anak mama ni, siaplah Zafriel” kata-kata Puan Sri Khadijah yang berupa ugutan itu mengundang kelucuan di hati Tan Sri Adnan dan Dato’ Iqbal. Ariessa dan Zafriel hanya tersenyum nipis.
“Zafriel masuk dululah. Nak salin baju sekejap” Zafriel kemudiannya berlalu masuk ke dalam rumah. Nampaknya satu masalahnya sudah selesai!
“Hah,Zafriel dah pergi. Papa nak Riessa ceritakan apa yang berlaku tadi” pinta Dato’ Iqbal. Ariessa kelihatan teragak-agak untuk membuka mulut. Buat apa papa nak tahu? Kan Zafriel sudah ceritakan semuanya? Fikir Ariessa. Namun apabila melihat kedua-dua mama dan papanya tertumpu ke arahnya, dia mula mengalah. Lambat-lambat dia membuka mulut.
“Sebenarnya tadi, masa Riessa baru balik dari lunch, Riessa terperasan ada orang ikut Riessa dan tiba-tiba handphone Riessa berbunyi, Riessa ingatkan Munirah yang call sebab sebelum tu Riesa bercakap dengan dia. Tapi rupa-rupanya Zafriel yang call Riessa, Riessa pun cakaplah yang ada orang ikut kereta Riessa. Pastu Zafriel suruh Riessa hentikan kereta Riessa kat tempat yang ramai orang, Riessa pun parking kat The Mines dan Zafriel datang ambik Riessa kat situ. Sepatutnya Riessa kena masuk semula ke pejabat sebab ada meeting dengan En. Hafiz, wakil kontraktor dari Sri Bina Holding’s tapi Zafriel suruh batalkan. Lepas tu Zafriel bawa Riessa kat sini. Tu aje……” kata Ariessa takut-takut. Dia mula hilang keberanian apabila kelibat suaminya menghilang dari situ.
“Nasib baik ada Zafriel……” balas Dato’ Iqbal dengan rika wajah yang tersenyum. Dikerling sekilas ke arah Tan Sri Adnan yang sejak tadi khusyuk mendengar cerita dari menantunya itu.
“Habis tu kereta Riessa macam mana?”
“Tak tahu. Zafriel cakap dia akan settlekan semuanya. Riessa ikut jea”

2 comments:

  1. aduhai...kalau dapat bf @ hubby yg cam zafriel nie kn best...
    caring sesangat...hihi
    syg gak zafriel kat rissa ek???
    cpat smbng tau...

    ReplyDelete
  2. tol tu nurhakim.
    untung ah kalo dpt cum zafriel.
    nmpak sgt zafriel syg at riessa.
    sweet2.
    smbung2.
    -na'dz

    ReplyDelete