Sunday, January 11, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 5

Bukk….
Ariessa tersentak. Bahunya dilanggar seseorang, dia sedikit terdorong ke depan.
“Maaf….” Ucap seorang wanita separjh usia. Tahu bahawa itu salahnya.
Ya Allah…Ariessa terkedu, lama betul dia mengelamun…
“Adik tak apa-ape ke…?” sapa wanita itu. Lambat-lambat Ariessa menganggukkan wajahnya. Senyuman dihadiahkan buat wanita itu.
“Terima kasih kak…saya ok!” jawab Ariessa. Seketika kemudian, wanita itu berlalu meninggalkan Ariessa yang masih lagi terpinga-pinga di situ. Serba-salah kakinya untuk meneruskan langkah. Pergi atau tak…? Berbolak-balik hati dan perasaannya. Hendak pergi ke situ, dia rasa segan…lagi pun malas nak bertegur sapa dengan Zafriel.
Mengingatkan peristiwa itu, hatinya bagaikan kembali ditoreh. Walaupun Zafriel telah meminta maaf terhadap kekasarannya tempoh hari, namun hatinya tetap terasa. Ringan mulutnya mengungkapkan kata maaf tetapi, sayangnya dia adalah Ariessa…walaupun maafnya telah terucap namun luka di hatinya tetap tidak terubat…!
Selangkah kaki Ariessa melangkah…namun dia berhenti. Kalau tidak difikirkan mama dan papanya, mahu sahaja dia balik tika itu juga walaupun terpaksa menahan telinga mendengar sepatah dua kata ceramah dari mulut mamanya nanti, dia rela..tapi hatinya menegah…malu mama dan papanya kalau dia berbuat begitu…dan Zafriel…Ah, lelaki itu bukan peduli pun pasal dia…biar jealah...Memang silap jika Zafriel beranggapan bahawa dia memang ingin menyambut kepulangannya kali ini…
“Riessa….!!!” Suara mamanya tiba-tiba kedengaran. Sekali lagi Ariessa tersentak. Dia tidak boleh lari lagi….nak atau tak..terpaksa juga menunjukkan dirinya di situ…Lambat-lambat Ariessa meneruskan langkahan kakinya. Mukanya hanya tunduk memandang lantai…tak sanggup melihat wajah Zafriel yang ralit memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan….
Dup..dap..dup..dap..dup..dap…….
Bergendang irama hati Zafriel melihatkan Ariessa sedang berjalan menuju kea rah mereka semua. Tidak pula dia diberitahu yang gadis itu ada bersama untuk menyambut kepulangannya. Lain benar gadis itu sekarang…
“Mama….”
“Lamanya Riessa pergi ladies?” tegur Datin Sharifah. Bibirnya menguntum senyuman…
“Kenapa mama tak cakap kita datang sini nak jemput dia?” sempat Ariessa berbisik kepada mamanya itu. Datin Sharifah senyum lagi. Kalau mama bagitahu, mesti Riessa tak nak datang.., jawab Datin Sharifah di dalam hatinya.
“Yang kamu berdua bisik-bisik ni apasal? Riessa….?” Sampuk Dato Iqbal. Hairan melihat kelakuan anak gadisnya itu.
“Kamu tak nak bertegur sapa dengan Zafriel ke Riessa?” sampuk Puan Sri Khadijah sambil memeluk bahu Zafriel yang asyik diam sejak tadi. Dingin wajahnya….
Erkkk…? Ariessa telan air liur! Nak bertegur macam mana? Bagi salam ke? Itu formal sangat! “Haii..” isyh takkanlah...tak sopan pulak… “Awak apa khabar? Sihat ke…? Hmm..macamlah aku ni tak kenal dengan Zafriel pulak…! Macam mana ek?
“Jauhnya anak papa mengelamun..” tegur Dato’ Iqbal….Ariessa hanya tersengih. Senyuman ubat gigi Darlie semestinya…
"Err..kita balik dululah papa..mama..esok-esok boleh borak lagi….! Tomorrow never dies!” jawab Ariessa. Bergema ketawa mereka yang berada di situ. Ariessa…Ariessa..ada sahaja perangai nakalnya itu. Zafriel hanya mampu membuat telahannya sendiri.
Ariessa sebenarnya rimas. Melihatkan kedinginan wajah Zafriel menyebabkan dia tidak betah berada lama di situ, tambahan pulak kalau si Zafriel yang menjadi focus mereka. Eii..macamlah aku nak sangat jemput dia kat airport..jerit hati Ariessa. Sorilah..kalau bukan kes rela paksa….
Namun Ariessa perasan yang Zafriel kelihatan ingin menegurnya, tetapi Ariessa buat-buat tidak faham isyarat yang dihantar oleh lelaki itu, lagipun dia bukannya cacat pendengaran atau tidak boleh bercakap sampai lelaki itu hantar-hantar isyarat nak berkomunikasi dengannya. Ah…dasar lelaki ego!!!

Dalam perjalanan pulang, Ariessa banyak mendiamkan diri. Tanda protes terhadap mama dan papanya kerana bersubahat menipunya…
“Kenapa ni sayang? Papa tengok bad mood jea..? Dengan Zafriel pun tak bertegur sapa? Kamu berdua ni ada masalah apa sebenarnya?” sapa Dato’ Iqbal. Seingat-ingat dia, hubungan persahabatan antara Ariessa dengan Zafriel sudah semakin renggang semasa mereka hampir menduduki peperiksaan akhir SPM. Kalau dulu, rajin mereka berdua study bersama, tetapi entahlah dia sendiri tidak tahu kenapa, bila ditanya sahaja pasal Zafriel, anak gadisnya itu hanya mendiamkan diri…sepatah pun tidak dijawabnya dan Zafriel juga begitu. Besar sangat ke pergaduhan mereka berdua? Fikir Dato’ Iqbal….Takkanlah dah besar panjang pun masih nak bergaduh juga?
“Kalau ya pun Riessa bergaduh dengan Zafriel dulu….sudah-sudahlah..benda dah lepas. Kamu berdua pun dah besar, semakin matang sekarang ni. Takkanlah nak buat perangai macam budak-budak lagi….?’ Sampuk Datin Sharifah. Lembut menasihati anak gadisnya. Namun Ariessa tetap begitu. Mendiamkan diri tanpa satu ulasan pun keluar dari mulutnya. Entahlah…dia bukan berdendam dengan Zafriel…tapi, ah susahnya jika melibatkan hati dan perasaan. Dia memang tidak kisah jika Zafriel tidak sukakannya, lagi pun perasaan itu sudah pun berkubur di dalam hatinya takkala kelibat Zafriel menghilang dari pandangannya tempoh hari sejak peristiwa itu. Tapi, takkanlah begitu senang Zafriel menghancurkan persahabatan mereka hanya disebabkan satu salah faham? Begitu mudahkah lelaki itu menduga hatinya? Sejuta kemaafan dari Zafriel memang dia mampu terima, tetapi rasanya untuk membina kembali rasa persahabatan di antara mereka…memang sukar, sesukar dia mentafsir hatinya sendiri..kerana hanya dia yang mengerti segala-galanya. Ah, kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata…
……………………………………………………………………………………………………..
“Sorang jea ke……?!!” tegur satu suara. Hampir tersembur sandwich yang dimakan Ariessa. Kurang asam punya budak! Bagilah salam…
“Hoi..kau ni sesedap ajinomoto jea sergah orang! Nash Melodi pun bagi salam jugak masa nak terjah...!!!kelat muka Riessa dengan muka yang sengaja dikerutkan. Protes! Hehehe…Shiela hanya mampu tersengih.Memek mukanya macam minta maaf! Tahu sangat dengan perangai Ariessa, kalau marah, serangan Goku dan Bizita pun belum tentu berjaya untuk mengalahkannya
“Sori ek…?!”,
“Naik lori lah….”, balas Riessa balas kembali menyumbat sandwich dalam mulutnya. Walaupun nak marah, tapi makan jangan dilupa…hehehe, kuat makan rupanya dia ni!Pantas Shiela menarik kerusi di café itu, berhadapan dengan Riessa…
“Yang kau sorang-sorang ni kenapa? Yang lainnya mane? Rizman? Kau nampak dia tak..?!!” tanya Riessa bertalu-talu. Mereka semua adalah coursematenya semasa di Australia dulu. Masing-masing sudah bekerja dan ada yang sudah berkahwin macam Rizman, gang mereka yang paling muda dan paling awal berkahwin.
Hari itu mereka sudah merancang untuk berjumpa. Bertukar-tukar cerita dan semestinya hendak berjumpa dengan anak Rizman yang baru sahaja lahir...dengar kata Rizman, anaknya itu ada iras-iras Brad Pitt dan Tom Cruise..betul ke tak, tak tahulah...Entah-entah saja si Rizman tu kelentong...bukannya mereka tidak tahu perangai Rizman. Pakar kelentong antarabangsa....
“Aku tahulah yang aku ni pofular…tapi tanya soalan tu, satu-satulah….”, sambil Shiela mengipas-ngipas badannya. Pelik la dengan minah sorang…
“Eh, kau tertelan ubat nyamuk atau ubat lipas ni?”, tanya Riessa. Nak tergelak pun ada dengan gelagat Shiela…memang padanlah kau ni dengan si Nabil Klon tu…, kutuk Ariessa dalam hatinya.
Namun Ariessa mengeluh tiba-tiba…automatic seleranya mati….
“Tiba-tiba jea kau mengeluh, apasal..?!!!soal Shiela, tadi bukan bersemangat nampak Riessa makan…
“Tiba-tiba pulak aku rasa lain macam jea…” jawab Ariessa. Dia sebenarnya teringatkan Zafriel. Entahlah makin kerap lelaki itu menjadi tamu yang tidak diundang di dalam mimpinya…kenapalah agaknya?
“Eh, kau ok ke tak Ariessa. Macam mati laki jea aku tengok?!!” balas Shiela. Tersengih Riessa mendengarnya. Ada ke patut cakap macam tu….
“Kau ni kan…time serius, confirm gajah yang naik minyak pun takut nak mengamuk depan kau…tapi kalau buat lawak, tak kena tempat pulak…!!” sampuk Riessa.
“Woi! Sampai hati kau cakap aku macam tu…dagang tuan dagang bertempat, dagang…”
“Ah..dah dah, kau jangan nak start jadi minah jiwang lah pulak..!!!”sakat Riessa. Saja nak kenakan Shiela. Siapa suruh kenakan dia tadi? Hah…, sekarang baru padan muka. Shiela dilihat memasamkan muka. Barangkali kecewa, baru jea nak shooting ala-ala Nordin Ahmah. Ah, Riessa, kau ni potong line betullah….rungutnya.
Tiba-tiba handphone Riessa berbunyi. Segera diangkat tanpa melihat pemanggilnya
“Ya mama….?Kenapa? OK!Mama…love you!”
“Apasal…?”, soal Shiela sebaik sahaja Riessa menamatkan perbualan. Sekilas wajah Shiela dipandang.
“Mama aku suruh balik! Ada hal penting katanya. Tapi dia tak cakap hal apa…heran jugak aku!” jawab Riessa. Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap hati selepas menerima panggilan mamanya itu.
“Nak suruh kau kawin kot?!” serkap Shiela…tersengih. Tapi taklah macam kerang busuk! Riesaa mencerlungkan matanya. Isyarat tak suka diusik begitu.
“Kalau aku kawin….kaulah orang pertama yang aku cari…!Sampai tak cukup tanah kau lari aku kejar…” selamba Riessa membalas. Pelik Shiela mendengarnya.
“Apasal pulak?”
“Siapa suruh mulut kau tu masin sangat? Woi…aku belum nak kawin lagi la…banyak lagi benda yang aku nak kejar dalam hidup ni….” Balas Riessa. Saat itu meledak ketawa Shiela. Agaknya sebatu boleh didengar suaranya itu. Menganggu ketenteraman betul….!!!
“Kau ni kalau nak ketawa pun…jangan sampai bergegar meja ni..nanti tak pasal-pasal masuk workshop!!!”. Makin bertambah ketawa Shiela…..Apalah yang lucu sangat ni…Riessa mengelengkan kepalanya….
“Kau jangan ego sangat Riessa, nanti bila buku bertemu dengan ruas..hmmm, baru kau tahu!” kata Shiela sebaik sahaja ketawanya kian reda. Berkertut dahi Ariessa cuba menganalisis kata-kata temannya yang kadang kala tidak boleh dipakai itu.
“Kau takut dengan orang lelaki ek? Biasanya orang yang berperangai macam kau ni, macam dah ada pengalaman dikecewakan oleh kekasih hati…”. Fuh, padat dan sendat kata-kata yang dilontarkan oleh Shiela. Main serkap jarang jea…
“Woii..ni Ariessalah. Aku tak mainlah cintan cintun ni. Buang masa jea…baik aku main dengan Cik Ted aku kat bilik tu….”, mendabik dada Riessa. Angkuh!
“Betul ke…?
“Cuba kau cakap budak bertuah mana yang pernah couple dengan aku sepanjang pengajian kita?!!!” cabar Riessa. Mendongak kepala Shiela. macam buat kira-kira Matematik.
“Entah..! Manalah aku tahu? Kau mana pernah beritahu aku pun…..” kendur suara Shiela saat itu.
“Hah..tu maknanya takde la..Puas hati..?!!!” sanggah Riessa.
“Okey..okey! Aku mengaku kalah…..”, tangan Shiela diangkat tanda menyerah. Bukannya Shiela tidak tahu.Kalau bab mengeluarkan pendapat dan hujah, rasa-rasanya hujah Riessalah yang paling payah hendak dipatahkan. Memang berbisa dan bersengat! Sebab tu nama dia seringkali dicalonkan sebagai wakil course mereka setiap kali ada pertandingan debat Inter-Course dan setiap kali jugalah Course Business Management jugaklah yang jadi juaranya….
Riessa hanya tersenyum puas. Entahlah dia sendiri tidak tahu.., memang menjadi kepantangan bagi dirinya jika dikaitkan dengan mana-mana lelaki! Ah..lelaki, bukannya boleh percaya sangat..!!Mulut jea manis…air liurnya basi…dan tiba-tiba bayangan Zafriel terlintas di fikirannya. Ahh..dia lagi….!!!!
……………………………………………………………………………………………………...
“Zafriel pergi mana papanya…?” tanya Puan Sri Khadijah sambil menatang dulang minuman untuk suaminya yang sedang melepaskan penat di taman. Matanya melilau ke sekitar kolam renang. Namun kelibat anak bujangnya itu langsung tidak kelihatan. Tercungap-cungap nafas Tan Sri Adnan, letih berjogging belum habis lagi.
“ Hah..bagi saya minum air dulu, lepas tu baru saya jawab….
Hisy..abang ni, saya tanya elok-elok, buat lawak pulak orang tua ni…” masam muka Puan Sri Khadijah saat itu. Tan Sri Adnan hanya tersenyum. Seronok mengusik isterinya itu pagi-pagi ni...Tangannya pantas menyambut huluran gelas yang disuakan oleh isterinya itu.
“Agaknya budak tu pergi jumpa kawan-kawan dia. Dah lama tak berjumpa, lagi pun dia kan baru balik….”kata Tan Sri Adnan sebaik sahaja air minuman habis diminumnya. Puan Sri Khadijah tersenyum senang.
“Lepas ni kuranglah sikit beban abang nak uruskan syarikat tu…Harapkan si Ikmal, mana nak menang tangan uruskan syarikat mertua dia tu…kesian jugak kat dia kalau terpaksa tanggung dua-dua”, balas Puan Sri Khadijah. Mekar senyuman di bibir Tan Sri Adnan. Kepulangan anak terunanya memang dinanti-nantikannya. Boleh meringankan bebannya menguruskan syarikatnya. Tapi ada hal yang lebih bermakna dengan kepulangan anaknya itu…..

“Aku suka sangat kalau kita berbesan…Nan! Tak pening kepala aku nak serahkan urusan syarikat tu… Zafriel tu aku dah anggap macam anak aku sendiri. Si Riessa tu… bukannya tak biasa dengan kau dan Katty tu, kau dan dia dah macam her second mother dan father!”, berseri-seri wajah Tan Sri Adnan apabila dikatakan begitu oleh sahabatnya.
“Mudah-mudahan, budak berdua tu ada jodoh! Aku pun memang berkenan sangat nak ambik Riessa jadi anak perempuan aku…..” balas Tan Sri Adnan. Serentak tawa Dato’ Iqbal dan Tan Sri Adnan bersatu……

“Apa yang abang menungkan tu..?!! Teringat kat Jamilah ke?” tegur Puan Sri Khadijah. Tersenyum kelat wajah Tan Sri Adnan….Ahh, Jamilah, setiusahanya yang baru kematian suami beberapa bulan lepas. Kasihan melihatnya, terpaksa bekerja keras menyara kehidupan lima anaknya yang masih kecil.
“Awak ni…. ada pulak ke situ! Kalau betul saya ni teringatkan si Jamilah..,awak juga yang makan hatinya, sayang..” gurau Tan Sri Adnan.
“Buatlah kalau abang nak tengok saya buat free show pinggan terbang…”
“Hahahaha….!! Sayang jugak Khatty kat abang yang dah tua ni….”nada Tan Sri Adnan sengaja dibuat-buat. Lagak macam orang berjauh hati….Puan Sri Khadijah hanya tersenyum. Dia kenal sangat dengan hati budi suaminya itu…
“Rancangnya tu nak buat bila bang…?”, tanya Puan Sri Khadijah.
“Dengan Zafriel pun kita tak bincang lagi….” lirih bunyi suara Tan Sri Adnan. Setuju ke tak anak dia tu..? Itulah yang berlegar di fikiran sejak kepulangan Zafriel dari luar negara.
“Alah, abang jangan risau…Zafriel tu anak saya. Saya yang kandungkan dia…tahulah macam mana saya nak buat…..” meleret senyuman di bibir Puan Sri Khadijah. Sudah masak dia dengan perangai anak bujangya itu. Baik buruk Zafriel semua dia tahu.....

1 comment:

  1. wwwwwwooo...
    parents dowang da plan nk kawenkan dowang nieh...
    isk2..
    da lar si zafriel n si riessa nie ader krisis dlamn..huhu...
    complicated btol..
    maken menarik nieh....
    nk lgi,,nk lgi...
    beshhh..!!!

    ReplyDelete