Monday, January 12, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 9

“Yes madam? What can I do for you?”Tanya Zafriel, tapi Ariess tahu yang Zafriel sebenarnya sedang menyindirnya. Ah, lantaklah dia nak buat apa pun.., getus hati Ariessa. Balasan barangkali. itulah yang Ariessa fikrkan. Lain kali jangan ponteng kerja. Teringatkan sahabatnya Shiela, Ariessa diburu perasaan ragu-ragu. Patut ke diberitahu kepada Shiela tentang apa yang berlaku kepada dirinya? Kalau diberitahu, pasti sahabatnya itu akan rasa bersalah…gara-gara mengajaknya keluar. Biarlah, nanti aku beritahu tak dapat datang, ada hal…fikir Ariessa.
“Awak nak jadi anak patung Barbie versi Mc D ke kat sini?” sapa Zafriel dan pantas mematikan lamunan Ariessa. Kelu gadi itu hendak membalas setiap kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu.
“Jom saya hantarkan awak balik rumah!” kata Zafriel setelh taida respon daripada gadis itu. Ariessa kaget! Bagaimana hendak berjalan? Nampaknya dis terpaksa berpaut pada bahu Zafriel untuk membolehkannya berjalan sampai ke kereta….Terkial-kial kakinya cuba melangkah.
“Boleh ke awak jalan? Ke nak saya dukung…saya tak kisah….” Kata Zafriel sambil tersenyum. Eiii….bencinya tengok dia senyum!!! Hati Ariessa memberontak keras!
“Awak jangan nak ngada-ngada ya…!!!! Saya mintak tolong awak ni sebba terpaksa tau...kalau tak…”
“Hmm, terpaksa pun, mintak tolong saya jugak kan? Alah..sama jea..Tak salah buang rasa ego tu…!!!!” sampuk Zafriel sebelum sempat Ariessa menghabiskan butir bicaranya….
“Awak jangan…”
“Jangan apa….? Lain kali habiskan ayat tu dulu….” Sampuk Zafriel. Makin bertambah geram Ariessa. Biol apa mamat ni? Padahal dia yang sesedap ajinomoto potong line orang bercakap…tak habis-habis hati Ariessa berleter!
“Cepatlah jalan…!!!” gesa Ariessa. Pelik Zafriel memandangnya.
“Saya takde masalah kalau nak jalan, masalahnya awak tu…nak jalan macam mana?”
Erkk..???Ariessa menggigit jari. Malunya…dia yang ada masalah nak berjalan sebenarnya…Kepalanya yang bertudung itu digaru…
“Biar saya papah awak sampai kat kereta…and I think, baik awak naik kereta saya, biar saya hantar sampai kat rumah. Tengok keadaan kaki awak ni, susah sikit nak drive…”
“Hah..?!! Awak nak papah saya jalan? Boleh ke…? Ariessa diserbu serba-salah…
“Takde masalah, kitakan berlapik pakaian. Tak bersentuh pun…” balas Zafriel. Bagaikan mengerti apa yang tersirat di dalam fikiran gadis itu..
“Er..er..ok lah….” Ariessa terpaksa mengalah…
Zafriel mendaratkan tangannya ke bahu Ariessa. Dia terkesan yang tubuh gadis itu agak terketar-ketar. Mungkin kerana sentuhan tangannya….
…………………………………………………………………………………………………
Leka Zafriel menerukan pemanduannya. Beberapa minit yang lalu, mereka baru sahaja behenti di klinik, memeriksa kaki gadis itu. Nasib baik, kakinya tak terseliuh teruk sangat! Beberapa hari lepas itu bolehlah berjalan kembali…dan Ariessa mengeluh lega. Taklah lama sangat dia terperuk kat rumah. Boring jadinya!
Sesekali Zafriel memandang kea rah Ariessa. Tahu bahawa gadis itu berasa tidak selesa berada di dalam kereta bersamanya…ingin sahaja dia berbual-bual dengan Ariessa seperti zaman kanak-kanak mereka, tapi rasanya tidak mungkin ARiessa sudi. Pandang mukanya pun separuh hati apatah lagi kalau hendak berbual mesra. Zafriel mengeluh lagi. Silapnya kerana dia memulakan segala-galanya. Ah...betapa sukarnya untuk menyelami kolam hati Riana Ariessa ini.
“Eh..berhenti..berhenti…!!!” tiba-tiba sahaja Ariessa menjerit. Terkejut Zafriel mendenganya. Kenapa pulak dengan dia ni?
“Apasal?” cemas suara Zafriel. Ariessa dipandangnya dengan penuh minat.
“Tu…..” kata Ariess sambil ibu jarinya lurus menunjukkan ke arah sesuatu tempat. Anak mata Zfriel tepat meghala ke rah isyarat tangan Ariessa. Kelihatan ada kedai jual kuih.
“Kenapa?” Tanya Zafriel lagi. Tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh Ariessa tika itu.
“Kat kedai tu ada jual kuih seri ayu tau…pergilah beli. Dah lama saya nak makan…”pinta Ariess tiba-tiba. Terkejut Zafriel mendengarnya. Biar betul Ariessa ni..manja semacam jea suara dia….
“Oh..ok..ok…nanti saya pergi beli ya..” balas Zafriel. Ariessa tersenyum senang. Zafriel gembira. Ahh..rupa-rupanya Ariessa masih lagi tidak berubah…
“Beli banyak-banyak tau….”pesan Ariessa sebelum Zafriel melangkah keluar dari kereta dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Bersemangat Ariessa menelan kuih seri ayu yang dibeli oleh Zafriel tadi. Tidak dipedulikan Zafriel yang memandangnya.
“Jangan gopoh sangat makan kuih tu…nanti tersedak kang” kata Zafriel, namun Ariessa buat-buat tidak ambil peduli, yang penting dia dapat makan kuih itu.
“Mintak satu….” Pinta Zafriel. Terliur melihat Ariessa makan kuih itu. Sejak dia study di oversea, dia tidak dapat merasa kuih itu lagi…
“Mintaklah satu….”
“Belilah sendiri…” balas Ariessa. Senyuman paling manis dihadiahkan buat Zafriel. Nanar lelaki itu buat seketika…memikat sungguh senyuman gadis itu.
“Awak ni kedekut la…” Zafriel mengelengkan kepalanya. Teringat masa kecil dahulu, dia dengan Ariessa pantang kalau nampak kuih itu terhidang di atas meja, habis semua disapu. Kalau tak cukup, mereka akan saling mencilok antara satu sama lain. Pernah mereka bergaduh beberapa hari kerana berebut kuih yang hanya tinggal sebiji di dalam pinggan…
“Awak nak ke?” pelawa Ariessa pula. Kesian melihat lelaki itu hanya menelan air liur melihatnya makan….
“Takpelah kalau orang tak sudi nak bagi…”
“Ngada-ngada..!!!Hah..bukak mulut awak tu…biar saya yang suapkan!”
“Hah…?!!!” terkejut Zafriel dengan kata-kata Ariessa. Biar betul?
“Awak kan tengah drive, mana boleh makan. Cepat bukak mulut. Bukak luas-luas tau….” Kata Ariessa. Zafriel membuka mulutnya perlahan-lahan. Walaupun dihati terselit rasa ragu-ragu…Namun belum sempat kuih itu masuk ke dalam mulutnya, Ariessa pantas melencongkan tangannya yang memegang kuih ke arah mulutnya sendiri. Habis kuih itu ditelannya…
“Ariessa…..” panggil Zafriel. Sudah diagak, pasti Ariessa akan mempermainkannya dan setelah itu galak kedengaran suara gadis itu ketawa. Padan muka Zafriel…!!!Hahahaha….

5 comments:

  1. nggeee...
    dorang da mle bebaek..
    even xcm dlu,,tp oke lar...
    hehe..
    ske2...
    smbung2....
    beshhhhh...

    ReplyDelete
  2. smbung2..!
    best2..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  3. ok ler.. da smakin menarik, penulisan pun Ok

    ReplyDelete
  4. tq atas komen yg membina nie...

    ReplyDelete